• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazir Ariff Letak Jawatan Sebagai Presiden FAP

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua hari sebelum bermulanya saingan Liga Super, Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Datuk Nazir Ariff Munshi Ariff telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Pengurus pasukan Harimau Kumbang, Zairil Khir Johari mengesahkan peletakan jawatan tersebut namun berkata perkara itu bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

“Saya telah berjumpa dengan Nazir hari ini dan beliau telah memaklumkan perkara ini dan berharap agar musim baharu dapat dimulakan dengan lembaran yang baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jawatan presiden yang kini kosong akan disandang sementara oleh Laurence Loh sebagai pemangku presiden dan FAP akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi esok.

Zairil juga berkata itu adalah perkara yang biasa kerana Nazir pernah meluahkan hasrat untuk meletakkan jawatannya sebelum ini pada bulan Oktober selepas berkhidmat lebih tiga tahun dan berjaya membawa pasukan Pulau Pinang daripada Liga Perdana ke Liga Super.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas segala yang telah dilakukan Nazir untuk meningkatkan prestasi bola sepak pasukan Pulau Pinang,” katanya.

Sebelum ini, Penolong Pengurus Mohamad Nazim Ariff Nazir Ariff telah meletakkan jawatannya selepas dipinggirkan pihak pengurusan FAP yang baharu dibawah pimpinan Zairil.

Berikutan pengesahan jawatan Zairil sebagai pengurus pasukan, khabar angin bahawa Nazir turut meletakkan jawatannya telah bertiup kencang apabila syarikatnya, Aspen Group tidak lagi menaja pasukan Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: Datuk Nazir Ariff Munshi AriffFAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAP Dapat RM5 Juta Hadapi Musim Baharu Liga Premier

14/11/2018
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan memperuntukkan RM5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) bagi menghadapi Liga...

FAP Intai Pemain Timur Tengah, Afrika

19/05/2017
0

GEORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) semakin pasti mendapatkan dua pemain import, masing-masing dari Timur Tengah dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd