• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasrudin Akui PAS Tidak 100 Peratus Demokrasi

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS akan memanfaatkan setiap ruang demokrasi yang ada di negara ini selagi ia tidak menyalahi prinsip syarak.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, mana-mana bahagian amalan demokrasi yang bertentangan dengan syarak akan ditolak oleh PAS.

“Pentas demokrasi adalah hikmah yang dimanafaatkan PAS mengemukakan ijtihad pendekatan juang yang diambil iaitu pendekatan secara aman.

“PAS memanfaatkan ruang demokrasi selama mana ia memberi ruang dan tidak menyalahi prinsip syarak. Mana-mana bahagian amalan demokrasi yang bertentangan dengan syarak maka ia tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin memberi analogi majoriti menyokong supaya sesebuah mesyuarat diteruskan sedangkan minoriti mahu hentikan mesyuarat untuk beri laluan kepada solat yang hampir tamat waktu.

“Saat sebegini, majoriti adalah batil dan bertentangan dengan syarak walaupun ia menepati konsep demokrasi yang meletakkan suara majoriti adalah keputusan.

“Ertinya, kepimpinan ulama akan memandu jemaah agar perjalanan tidak beralih arah dan memastikan ia melandasi jalan perjuangan yang benar berasaskan manhaj an nabawi,” katanya.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi mengulas dakwaan majoriti penyokong PAS mahu parti itu kembali bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka mendakwa PAS tidak mampu untuk menang pilihan raya tanpa DAP dan PKR.

PAS disingkirkan oleh DAP dan PKR daripada pakatan pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam.

DAP dan PKR menganggap isu tersebut boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pembangkang.

Kini DAP dan PKR mempunyai parti Islam baharu sebagai sekutu poitik iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

PAN ditubuhkan oleh beberapa pemimpin PAS yang taksub kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nasrudin HassanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd