• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nad Zainal Kembali Berlakon Selepas 7 Bulan Berehat

oleh Ahmad Albab
19/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Nad Zainal memberitahu dia sudah kembali berlakon selepas berehat kira-kira tujuh bulan kerana melahirkan anak pertamanya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq yang kini berusia tiga bulan.

Bagaimanapun, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkata, dia hanya akan mengambil tawaran yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

“Saya sudah kembali ambil tawaran dan bakal masuk ke set penggambaran untuk beberapa telefilem berjudul Menanti Kiamat Tiba, Dosa Perempuan dan Jernih Suraya untuk TV3 tidak lama lagi.

“Sekarang saya sudah ada tanggungjawab sebagai ibu, jadi susah untuk saya terima tawaran luar Kuala Lumpur kerana saya sering risau tentang anak saya. Buat masa ini ibu mertua yang jaga,” ujarnya kepada mStar Online.

Nad ditemui pada majlis pratonton filem terbaharunya berjudul Aku Haus Darahmu yang berlangsung di Cathay Cineplax, di Petaling Jaya, Selangor malam Selasa lalu.

Nad melahirkan cahaya mata lelaki seberat 2.09 kilogram kira-kira puku 11.38 malam pada 14 Oktober 2016 di sebuah pusat perubatan.

Pelakon wanita itu berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin, 28, pada 18 Disember 2016.

Sementara itu, Nad berkata, dia tidak meletakkan syarat sebaliknya berbincang dengan pihak produksi jika melibatkan penggambaran di luar.

“Siapa saya untuk letak syarat, tapi saya akan bertanya dahulu tentang lokasi penggambaran dan saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi dengan masalah peribadi saya.

“Jika ia menyusahkan lebih baik saya beri peluang kepada pelakon-pelakon lain sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nad berkata, dia kini lebih memberi keutamaan kepada watak-watak berat berbanding komedi.

Katanya, membawa watak berat memberi lebih kepuasan kepadanya sebagai seorang anak seni.

“Saya memang suka watak-watak mencabar dan berat kerana ia lebih membuatkan saya puas. Bagilah apa sahaja watak yang berat saya akan buat yang terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang filem terbaharunya Aku Haus Darahmu, Nad berkata, dia seronok dapat berlakon dengan pelakon Deanna Yusof.

Cabaran utama dalam melakonkan watak Lia ialah memberi ekspresi dirasuk kerana tidak pernah mempunyai pengalaman berkenaan.

“Saya bertuah dapat berlakon dengan aktres Deanna Yuosf yang mana saya jadi jatuh cinta dengan karakter dia. Dia juga membuang persepsi saya terhadap pelakon berwajah Pan Asian.

“Dalam filem ini babak paling mencabar ialah memberi wajah di rasuk kerana saya tidak tahu nak buat air muka begitu,” ujarnya.

Filem arahan Aidilfitri Mohd Yunos ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 2 Februari depan. – mStar Online

Tags: Nad zainalpelakon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elyana Kembali Aktif Menyanyi Semula?

Next Post

Zain Akan Terus Pujuk Che Ta Agar Sedia Hamil Lagi

Related Posts

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

13/12/2023
0

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia pada usia 61 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Zain Akan Terus Pujuk Che Ta Agar Sedia Hamil Lagi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd