• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Tahun 6 Maut Ketika Main Air Di Pasir Mas

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam tali air di Kampung Kenjing, Repek di sini hari ini.

Mangsa, Ahmad Iman Farhan Lee Chong Siow, 12, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 11.30 pagi selepas dikejarkan ke Hospital Pasir Mas.

Datuk mangsa, Mohd Zain Hussin, 61, berkata beliau mengetahui mengenai kejadian yang menimpa cucunya itu selepas diberitahu oleh seorang penduduk kampung yang datang ke rumahnya.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan difahamkan cucu saya lemas di tali air itu dan diselamatkan penduduk, namun dia tak sedarkan diri.

“Dia kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas namun meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kira-kira 11.30 pagi,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital itu.

Mohd Zain berkata Ahmad Iman Farhan ada memberitahunya mahu keluar bermain air bersama beberapa rakan, namun beliau tidak menyangka ia berakhir dengan tragedi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd