• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mia Ahmad Selamat Diijabkabul Dengan Penjaga Gol JDT

oleh Ahmad Albab
13/01/2017
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Pelakon Shamiha Ahmad Baderi atau Mia Ahmad, 29, selamat diijabkabulkan dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 11 pagi tadi.

Mia Ahmad yang popular menerusi drama bersiri ‘Hati Perempuan’ di slot Akasia TV3 dinikahkan oleh Naib Kadi Masjid Nurul Islam, Aulong, Ustaz Abdul Rashid Azidin di Taiping Sentosa Villa, di sini.

mia-ahmad

Dengan sekali lafaz, Mohd Izham Tarmizi yang segak berbaju Melayu berwarna krim sah menjadi suami kepada Mia di hadapan kira-kira 200 tetamu yang hadir.

Mia menerima mas kahwin RM2,000 selain menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin lelaki, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Ketika ditemui pemberita, pelakon yang tertarik dengan sikap jujur suaminya itu berkata sebelum majlis akad nikah bermula, beliau agak gementar namun bersyukur setelah upacara itu selesai dan berjalan lancar.

Tambahnya, beliau telah mendapat keizinan daripada suaminya untuk meneruskan dunia lakonan namun akan memperlahankan sedikit bagi menguruskan rumah tangga yang baru dibina.

Sementara itu, Mohd Izham Tarmizi berkata beliau mula mengenali Mia apabila bertemu dengannya di Johor Bahru tahun lalu dan cukup selesa serta senang berkawan dengannya.

“Sebelum ini saya selalu menonton lakonan Mia di televisyen dan meminatinya. Mengenai anak, kami tidak merancang namun tidak menolak rezeki jika itu kehendak Allah,” katanya.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata majlis resepsi di Johor belum ditetapkan kerana beliau kini sibuk menjalani latihan dengan pasukan JDT dalam menghadapi perlawanan Liga Malaysia.

“Sasaran JDT adalah untuk menang Piala Liga Super, Sumbangsih dan Piala Malaysia. Saya akan berikan komitmen yang terbaik untuk JDT,” katanya.

Majlis resepsi Mia dan Mohd Izham Tarmizi akan diadakan di Taiping Golf & Country Resort malam esok. – BERNAMA

Tags: Mia Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Lelaki

28/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan bayi sulung lelaki pada pukul 11.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan...

Mia Ahmad, Suami Sambut Syawal Sederhana

13/06/2018
0

KETIKA sebilangan orang memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah, berbeza pula bagi pelakon Mia Ahmad dan suami yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd