• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memang Salah, Silap Saya, Kata Presiden PBNP

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – “Memang salah saya…silap saya. Segala cemuhan, kritikan dan teguran saya terima dengan hati terbuka,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Tengku Muda Pahang itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan hampir 10,000 peminat skuad Tok Gajah berhubung prestasi hambar Pahang pada saingan Liga Malaysia tahun lalu.

Namun, beliau percaya skuad Pahang akan kembali menyerlah tahun ini selepas beberapa langkah diambil sejak sembilan bulan lepas.

Pada masa sama, Tengku Abdul Rahman meminta peminat Pahang untuk terus menyokong usaha barisan pimpinan dan jurulatih Dollah Salleh dalam mengembalikan skuad Tok Gajah menjadi pasukan yang digeruni dalam bola sepak negara.

“Saya cuba jelaskan dengan ringkas. Dalam kerancakan pertandingan, ramai pemain kita yang diintai (pasukan lain). Mereka pun ada rancangan sendiri dan niat untuk mencari peluang yang lebih mendatangkan hasil.

“Kita tidak boleh salahkan mana-mana pemain kerana mereka juga perlu fikirkan masa hadapan. Memang ramai pemain kita yang diambil orang, tapi mereka juga tidak beri peluang kepada saya untuk berunding,” katanya.

Tengku Abdul Rahman berkata demikian pada sesi pengenalan pemain baharu Pahang FA pada Festival Pahang Super Best di Stadium Temerloh di sini semalam, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Presiden PBNP itu juga berkata kehilangan pemain senior dan tonggak utama pasukan menyebabkan skuad Tok Gajah terpaksa menurunkan pemain muda pada saingan musim lalu, yang menjadi punca prestasi hambar pasukan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kita masih kekal dalam Liga Super. Saya juga jemput semua penyokong untuk bersama memberi sokongan kepada pasukan kita kerana mereka tidak mampu bangkit tanpa sokongan semua,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pahang FATengku Muda Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maradona Ditawar Latih Skuad Tok Gajah?

25/11/2019
0

PAHANG - Tular di media sosial kononnya legenda bola sepak dari Argentina, Diego Maradona ditawarkan kontrak oleh pihak pengurusan Pahang...

Agong Akui Gol Goulon Wajar Dicalonkan Ke Puskas

24/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Jaringan menarik pertahanan import Pahang, Herold Goulon ketika membantu kejayaan 3-1 Tok Gajah ke atas Perak pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd