• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Perlu Lebih Peka Keadaan Sekeliling – Mufti

oleh Ahmad Albab
14/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Masyarakat perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling mereka supaya kes pengabaian kanak-kanak seperti yang berlaku baru-baru ini, tidak berulang, kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Beliau berkata keadaan masyarakat sekarang yang semakin teruk dengan masalah sosial berpunca daripada sikap masing-masing yang tidak mahu bertanggungjawab dan mengambil berat dengan persekitaran mereka.

“Dalam isu kanak-kanak yang terbiar ini, ia berbalik kepada keadaan masyarakat sendiri yang sudah tidak mahu ambil peduli tentang akhlak dan sifat perikemanusiaan.

“Sepatutnya mereka mengambil iktibar dengan kes yang pernah berlaku di Nilai pada 2014, tetapi perkara seperti ini berlaku pula di Tampin minggu lepas,” katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Yusof berkata pegangan agama yang longgar juga antara punca masalah sosial seperti pengabaian kanak-kanak kerap berlaku di masa ini.

“Bila cakap hal agama, orang cakap kita ini terlampau nak merujuk kepada agama sangat, tetapi sebagai orang Islam, itulah rujukan kita yang utama.

“Apabila agama tak kuat dan masing-masing memandang remeh kepada pegangan dan didikan agama, itu menyebabkan wujudnya masyarakat yang kurang sensitif dengan perkara yang berperikemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai isu penceramah tanpa tauliah di negeri ini, Mohd Yusof berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan penceramah yang cuba menyampaikan ceramah di luar fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah dan mazhab Shafie.

“Kita kawal mereka yang beri ceramah sebab tidak mahu penularan yang tak selari dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah dan mazhab Shafie.

“Mana-mana pemegang tauliah jika mereka berceramah benda tak sepatutnya, tauliah mereka juga akan ditarik,” katanya. – BERNAMA

Tags: masyarakatMufti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Jurujual Pepsi Cola Ditabal Jadi Raja Rwanda

Next Post

Dalang Rompakan Kim Kardashian Didakwa

Related Posts

Wanita Berpakaian Ihram Seperti Lelaki, Tindakan Tidak Berakal – Mufti

Wanita Berpakaian Ihram Seperti Lelaki, Tindakan Tidak Berakal – Mufti

13/08/2022
0

GEORGE TOWN : Tindakan individu didakwa seorang wanita yang berada di Mekah dan menziarahi Raudhah dengan lengkap berpakaian ihram sebagaimana...

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

23/07/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) baru-baru ini menyampaikan bantuan menerusi program Hasil Kasih Prihatin 2022 kepada Sekolah Kebangsaan (SK)...

Next Post

Dalang Rompakan Kim Kardashian Didakwa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd