• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Terkejut Trump Umum Keluar TPPA

oleh Ahmad Albab
25/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak terkejut dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan akan terus berurusan dengan pentadbiran baharu negara itu bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan ekonomi.

Malaysia bagaimanapun, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed, akan terus memantau perkembangan membabitkan dasar perdagangan AS.

“Biarpun pendirian pentadbiran baharu AS itu jelas mengenai TPPA, kita akan terus berurusan dengan rakan AS untuk mengukuhkan hubungan dua hala perdagangan dan ekonomi memandangkan kedudukan negara itu sebagai rakan dagang ketiga terbesar dan sumber utama pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Trump bertindak menandatangani Arahan Eksekutif penarikan diri AS daripada TPPA pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata tindakan Trump itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sudah berikrar untuk memastikan AS keluar daripada TPPA kerana menganggap perjanjian berkenaan boleh menjejaskan ekonomi negara itu.

“Perjanjian perdagangan itu adalah dokumen yang seimbang dan memberi manfaat kepada semua 12 negara anggotanya. Malah, ia turut menguntungkan AS dari segi mendapat akses lebih baik ke pasaran di negara yang tiada perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengannya seperti Jepun, Vietnam dan Malaysia,” katanya.

Mustapa berkata, Trump memberi alasan TPPA itu boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan di AS serta pengaliran keluar dana ke negara-negara lain TPPA.

Ini bermakna, negara-negara itu termasuk Malaysia akan mendapat manfaatnya manakala AS mengalami kerugian.

Jelas Mustapa, susulan perkembangan terbaharu di AS, kalangan ketua perunding TPPA di 11 negara lain akan sentiasa saling berkomunikasi untuk mempertimbangkan semua pilihan yang ada sebelum memutuskan langkah seterusnya.

“Mereka sememangnya sudah bekerjasama erat sejak lima tahun lepas dan akan meneruskan komunikasi itu.

“Kementerian ini dan semua kementerian lain akan berbincang dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai perkembangan terbaharu TPPA serta langkah bagi kemajuan masa depan,” katanya.

TPPA yang dimeterai Malaysia dan 11 negara anggota lainnya pada 4 Februari, 2016, tidak boleh dilaksanakan tanpa penyertaan AS yang mewakili kira-kira 60 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 12 negara anggota berkenaan.

Di bawah perjanjian itu, sebanyak minimum enam negara yang menyumbang 85 peratus daripada gabungan KDNK 12 negara berkenaan, perlu melakukan proses ratifikasi atau pengesahan sebelum dokumen itu dapat dikuatkuasakan.
Mustapa juga menyifatkan Malaysia akan kehilangan peluang sekiranya TPPA gagal dilaksanakan berikutan pandangan banyak firma penyelidikan bahawa perjanjian itu menguntungkan negara ini.

“Pasukan perunding kita berjaya mendapatkan beberapa konsesi bernilai dan pada masa sama melindungi kepentingan negara ini, termasuk dasar Bumiputera.

“Rakyat Malaysia sepatutnya dan perlu berasa selesa bahawa kita mempunyai satu pasukan perunding berkebolehan yang bersedia mempertahankan kepentingan negara dalam sebarang rundingan perdagangan dua hala atau pelbagai hala pada masa depan,” katanya.

Mustapa menegaskan, Malaysia akan memberi tumpuan bagi mempertingkatkan integrasi ekonomi ASEAN dalam konteks Pelan Induk Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 serta mengusahakan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang akan dimuktamadkan kelak.

Malaysia juga akan meneruskan usaha bagi mendapatkan FTA dua hala, termasuk dalam kalangan anggota TPPA lain yang tidak menjalinkan sebarang perjanjian seumpamanya dengan negara ini, katanya.

TPPA dianggotai 12 negara iaitu Australia, Brunei, Chile, Kanada, New Zealand, Jepun, Malaysia, Singapura, Mexico, Peru, AS dan Vietnam.

Malaysia bagaimanapun tidak menjalinkan sebarang perjanjian perdagangan dengan AS, Kanada, Peru serta Mexico. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedTPPA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Bawa Budaya Tidak Sihat Ke Bentong – Tiong Lai

Next Post

Ibu Cuai, Bayi Maut Terjerut Tali Puting Di Kedah

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

Next Post

Ibu Cuai, Bayi Maut Terjerut Tali Puting Di Kedah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd