• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lisa, Yusry Rahsiakan Jantina Anak Kedua

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengarah Yusry Abdul Halim memberitahu isterinya aktres Lisa Surihani, 31, lebih tenang melalui pengalaman mengandung anak keduanya yang kini sudah pun memasuki bulan keenam.

Yusry, 44, berkata, pengalaman kehamilan pertama sebelum ini banyak membantu isterinya untuk lebih bertenang dan menikmati detik-detik indah sebelum bersalin.

“Alhamdulillah kandungan Lisa sudah pun memasuki bulan keenam dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan lebih mudah.

“Lisa lebih tenang dengan kandungan kedua ini mungkin kerana sudah ada pengalaman dengan anak pertama sebelum ini,” katanya kepada mStar Online.

Lisa dan Yusry berkahwin pada 23 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.

Pasangan itu dijangka menimang cahaya mata kedua pada April depan.

Dalam pada itu, Yusry memberitahu mereka sudah pun mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan namun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

“Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yusry memberitahu dia akan menjalinkan kerjasama dengan pengarah Datuk Profesor Dr. A. Razak Mohaideen bagi menghasilkan teknik pengimejan berkomputer (CGI) filem Badang.

“Selain Badang saya kini sedang sibuk menyiapkan filem animasi terbaharu KRU Studios berjudul Willy.

“Kami kini ingin memberi lebih fokus kepada filem animasi memandangkan ia lebih mudah untuk menarik pengedar daripada luar negara,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Lisa Surihanipelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd