• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahun Ayam Beri Inspirasi Perpaduan – Liow Tiong Lai

oleh Ahmad Albab
29/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tahun Ayam Api boleh memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan bekerja keras bagi membangunkan negara ini, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru Cina pada majlis Rumah Terbuka MCA di ibu pejabat parti itu di sini, Liow berkata rakyat mempunyai sebab untuk berasa gembira kerana Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang stabil dan bersatu padu.

“Tahun ini Ayam Api boleh membantu memberi semangat baharu kepada semua rakyat bahawa kita perlu bangun awal, bekerja lebih keras, bersatu dan menggunakan tenaga secara positif,” katanya.

Liow berkata Tahun Baru Cina yang disambut semua kaum di Malaysia boleh menguatkan lagi semangat keharmonian dan perpaduan di negara ini.

“Kita menyambut Tahun Baru Cina kali ini dalam suasana yang ceria kerana negara kita stabil, harmoni dan bersatu padu,” katanya.

Liow berkata banyak nilai-nilai murni boleh dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina.

“Setiap kali kita menyambut Tahun Baru, masyarakat Cina digesa untuk membuat hajat yang baik dan positif,” katanya. – mStar Online

Tags: Liow Tiong LaiTahun baru Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

21/01/2023
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini...

Sambut Tahun Baru Cina Hanya Bersama Keluarga Serumah

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baru Cina hanya dibenarkan di rumah dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd