• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betul Ke Lindsay Lohan Dah Peluk Islam?

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN pelakon terkenal Hollywood, Lindsay Lohan yang meninggalkan pesanan ‘Alaikum salam’ di bio Instagramnya baru-baru ini menimbulkan persoalan peminat dan netizen sehingga ada yang menganggap aktres itu sudah memeluk agama Islam.

Baru-baru ini, Lindsay yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kontroversi pengambilan dadah sejak usia belasan tahun dikatakan telah’membersihkan’ akaun sosial Twitter dan Instagramnya apabila setiap gambar yang dimuat naiknya dipadam.

Betul Ke Lindsay Lohan Dah Peluk Islam?

Kini, kedua-dua akaun Twitter dan Instagramnya sudah kosong dan hanya mempunyai sekeping gambar wajahnya berona hitam dan putih.

Netizen yang beragama Islam nampaknya menyambut baik jika benar Lindsay sudah memeluk agama Islam dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Kami gembira Lindsay menerima Islam. Semoga Allah membimbing dan memberkatinya,” twit seorang wanita.

“Saya dengar Lindsay Lohan sudah memeluk agama Islam? Jika benar, Alhamdulillah. Semoga Allah tunjukkan dia jalan yang benar,” kata netizen.

Pelakon dan penyanyi berusia 30 tahun itu dikatakan mula mempelajari agama Islam beberapa tahun lalu dan pertama kali dia dilihat memegang naskhah suci Al-Quran pada 2015 ketika menjalankan khidmat masyarakat di Brooklyn, New York.

Lindsay sebelum ini dilaporkan telah mempelajari Bahasa Arab serta menghabiskan banyak masa di kem-kem pelarian Syria di Turki.

Jelasnya, mesej yang ditinggalkan Lindsay itu nyata menimbulkan spekulasi bahawa dia adakah benar dia sudah memeluk Islam ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan pelakon Mean Girls itu enggan mengulas mengenai perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Artis Hollywoodlindsay lohanmemeluk islam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Ipoh Ini Selamba ‘Berumah’ Di Pusat Beli Belah

Next Post

Malaysia, China & Australia Lakukan Terbaik Cari MH370

Related Posts

Pemain Drum, Hal Blaine Meninggal Dunia

12/03/2019
0

LOS ANGELES - Pemain dram lagenda pada era 60-an dan 70-an, Hal Blaine yang pernah mengiringi Frank Sinatra, Elvis Presley...

Dulu Kritik, Kini Ahli Politik Belanda Peluk Islam

07/02/2019
0

AMSTERDAM - Bekas anggota parti berhaluan kanan pimpinan ahli politik anti-Islam, Geert Wilder di Belanda telah memeluk agama Islam. Menurut...

Next Post

Malaysia, China & Australia Lakukan Terbaik Cari MH370

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd