• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Limpahan Air Sungai Pahang Bawa Bersama ‘Rezeki’

oleh AK-47
30/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Walaupun banjir dianggap musibah, namun bagi penduduk Pekan terutama di Kampung Temai, Kampung Acheh dan Kampung Gachong, air Sungai Pahang yang melimpahi kampung mereka membawa bersama “rezeki”.

Limpahan air sungai sejak beberapa hari lalu membawa pelbagai spesies ikan air sungai dan paya seperti sepat, puyu, keli, baung, patin, lampam dan seluang tersangkut di jaring dan pukat yang dipasang penduduk di sepanjang bahu jalan yang dinaiki air.

Kebanyakan ikan yang berjaya ditangkap adalah dari saiz sebesar dua jari sehingga sebesar tapak tangan, malah ada yang sebesar lengan.

Tinjauan Bernama mendapati suasana sepanjang Jalan Pekan-Paloh Hinai bagaikan pesta apabila penduduk memasang jaring dan menjala termasuk di ladang kelapa sawit yang bertukar menjadi “lautan”.

Seorang kelindan lori yang ditemui Mohd Lukman Hakim Mohd Lazim, 23, berkata beliau menghabiskan masa dengan menjala di kawasan yang dinaiki air kerana tawaran kerja agak kurang semasa banjir.

Salim Sulaiman, 45, yang menetap di Padang Rumbia di sini pula berkata beliau boleh mendapat antara lima ke enam kilogram ikan sehari, hasil menahan jaring dua atau tiga kali sehari.

“Banjir di Pekan agak berbeza… di bahagian kanan jalan kita akan mendapat ikan sungai kerana air yang melimpah adalah air Sungai Pahang manakala bahagian kiri adalah air paya.”

Turut mencari ikan ialah Akmal Hakim Nordin, 5, yang mengikut abang iparnya yang pulang bercuti ke sini sempena Tahun Baharu Cina dengan menebar jala di bahu Jalan Pekan-Paloh Hinai. – BERNAMA

Tags: BanjirIkansungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd