• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Hari Terputus Bekalan Air, Mana Syabas?

oleh Ahmad Albab
18/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air yang berlaku sejak lima hari lepas menjejas kira-kira 10,000 penduduk di Pandan Perdana, Ampang dekat sini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana Lim Ah Chai melahirkan rasa kesal berikutan tiada sebarang notis daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berhubung masalah tersebut sehingga menyebabkan penduduk tidak bersedia untuk menyimpan air.

“Hari ini sudahpun masuk hari kelima, hal ini menyusahkan rakyat sehingga menyebabkan rutin harian penduduk dan premis perniagaan tergendala. Kami harap hal ini segera diatasi oleh pihak berkaitan.

“Yang menghairankan pada Ahad dan Isnin kenapa lori tangki Syabas dihantar pada jam 11.30 malam? Waktu itu orang sudah letih dan mahu tidur.

“Sepatutnya hantar pada pukul 6 atau 7 petang, selepas orang pulang dari kerja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim berkata, beliau cuba menghubungi pihak Syabas beberapa kali bagi mengetahui punca ketiadaan air dan statusnya, namun ia menghampakan.

Pihak wartawan sempat mendengar perbualan Lim secara langsung dengan jurucakap Syabas menerusi pembesar suara.

Jurucakap itu memaklumkan gangguan bekalan air itu berpunca daripada projek pembinaan Lebuhraya Lingkaran Luar-Hubungan Timur (EKVE) yang menghubungkan Bandar Sungai Long dan Ukay Perdana.

Bagaimanapun, pihak Syabas tidak memberi jawapan bila bekalan air akan kembali pulih.

“Syabas menyediakan Pusat Khidmat Setempat di Jalan Perdana 10/6, Taman Pandan Perdana dan beroperasi 24 jam bagi membantu penduduk mendapatkan bantuan bekalan air,” kata jurucakap Syabas.

Sementara itu, seorang penduduk di Pandan Perdana, A. Letchumah, 60, yang sudah 25 tahun tinggal di kawasan tersebut berkata ketiadaan air itu menyebabkan beliau terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi membeli air mineral untuk keluarganya.

Turut terjejas peniaga kedai salun di sini, Vincent Lee, 35, yang menyatakan kehilangan lebih 40 peratus keuntungan perniagaannya berikutan kekurangan pelanggan. – BERNAMA

Tags: Syabas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Air: SPAN Salahkan Pengurusan Syabas Dahulu

27/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Kegagalan pengurusan terdahulu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) melakukan kerja penyelenggaraan berterusan sejak sekian lama...

Penduduk Klang Sengsara Ramadan Tanpa Air

09/05/2019
0

KLANG - Sambutan Ramadan bagi sebahagian besar penduduk daerah ini sedikit terjejas berikutan gangguan bekalan air susulan tiga paip utama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd