• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Lelaki Teragung’ Juara Lagu Ke-31

oleh Ahmad Albab
24/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lagu ciptaan Iman Imran dan Natasyah berjudul Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-31 (AJL31) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

'Lelaki Teragung' Juara Lagu Ke-31

Sementara itu Dayang turut menepati ramalan apabila tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Lelaki Teragung.

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000.

Untuk rekod, ia kemenangan ketiga penyanyi itu menerusi kategori berkenaan dan sebelum ini pernah merangkul trofi sama pada AJL29 (Di Pintu Syurga) dan AJL30 (Tak Pernah Menyerah).

Hafiz Misha

Naib juara pula milik lagu berjudul Terimaku Seadanya ciptaan sepenuhnya oleh Ajai nyanyian Hafiz dan Misha Omar.

Ia membolehkan Ajai membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Razif daripada kumpulan Projector Band iaitu Sudah Ku Tahu mendapat tempat ketiga.

Projector

Selain trofi, mereka turut menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Persembahan Terbaik pula milik kumpulan Khalifah menerusi lagu Hang Pi Mana dan mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Lagu yang turut dipertandingkan pada AJL31 adalah Terakhir (Sufian Suhaimi), Selamanya Cinta (Shila Amzah & Alif Satar), Ku Rela Dibenci (Aiman Tino), Di Amaran Mama (Hazama) dan Obses (Akim & The Majistret).

Sufian

Alif Sheila

Aiman

Hazama

Akim

Turut bertanding adalah Setia (Elizabeth Tan feat Faizal Tahir), Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof feat Mawi), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).

Kesemua persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional dan diketuai oleh komposer terkenal Azmeer.

Awi Elizabeth

Syamsul Mawi

Khalifah

Black

Sementara itu, persembahan pembukaan pada acara tersebut turut diserikan dengan penampilan juara program Asia Got Talent dari Filipina yang mengiringi nyanyian Jaclyn Victor menerusi lagu Gemilang dengan tarian bayang.

AJL31 juga turut menampilkan Man Bai, Ameng dan Ella yang membuat persembahan istimewa untuk dua penulis lirik terkenal iaitu Allahyarham Juwie atau Abdul Jalil Salleh dan Loloq (Rosli Khamis).

Mereka menyampaikan lagu-lagu seperti Masih Aku Terasa, Sampai Hati, Layar Impian dan Permata Pemotong Permata.

'Lelaki Teragung' Juara Lagu Ke-31

Pada tahun ini, AJL31 mengangkat tema ‘Cerita Dalam Lagu’ demi memartabatkan hasil nukilan penulis lirik lagu-lagu terbaik 2016.

AJL31 yang disiarkan secara langsung di TV3 menampilkan empat pengacara iaitu Sarimah Ibrahim, Awal Ashaari, Fara Fauzana dan Fizi Hot FM. – mStar Online

Hos

Tags: AJL 31Dayang Nurfaizah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AJL33: Hael, Ezra Kong Rangkul Anugerah Lagi

04/02/2019
0

LAGU ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang berlangsung...

Lama Rambut Panjang, Kini Dayang Tampil Kelainan

14/04/2018
0

RAMBUT merupakan 'mahkota' buat setiap wanita dan disebabkan itu, penyanyi Dayang Nurfaizah mengambil keputusan untuk 'mengorbankan' mahkotanya itu. Sepanjang 10...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd