• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Berkaitan Daesh

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan memberi sokongan kepada pengganas dan melindungi penangkapan seorang individu yang diketahui telah melakukan perbuatan pengganas.

Mohmad Zaini Mohmad Isa, 32, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.

Mohmad Zaini didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu di Telok Gadong Kecil, Jalan Yadi, Klang, Selangor antara 25 Mac hingga 30 Jun 2016 mengikut Seksyen 130J (1(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa melindungi dalam penangkapan Junios Ondie @ Jahali yang diketahui telah melakukan perbuatan pengganas, di kawasan belukar lebuh raya Pulau Indah, Klang, pukul 7.15 malam pada 29 Jun 2016.

Pertuduhan di bawah Seksyen 130K (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan boleh juga dikenakan denda atau penjara maksimum 20 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Februari untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala Mohmad Zaini diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusuff. – BERNAMA

Tags: Daeshmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd