• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Curi Kereta Untuk Guna Curi Lembu

oleh Ahmad Albab
07/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki yang mencuri sebuah kereta dipercayai untuk digunakan bagi mencuri lembu ditahan polis di Jalan Usaha Jaya, Permatang Tinggi di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Permatang Tinggi menahan lelaki berusia 20-an itu pada 9 malam.

“Pemeriksaan awal ke atas lelaki itu menemukan dadah jenis syabu dalam kotak rokoknya dan suspek kemudiannya mengaku mencuri sebuah kereta jenis Toyota Camry di Taman Seri Delima, Juru baru-baru ini.

“Kereta itu kemudiannya disembunyikan di ladang kelapa sawit di Jalan Batu Puteh, Sungai Kob di Kulim (Kedah) untuk kegunaan mencuri lembu di kawasan berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki itu juga mengaku terlibat beberapa kes curi lembu di Kulim bersama seorang lagi rakannya dan usaha mengesan lelaki berkenaan kini giat dijalankan.

Nik Ros Azhan berkata polis menemui semula kereta Toyota Camry itu di kawasan ladang sawit berkenaan dan nombor pendaftaraan kenderaan itu ditukar dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya lelaki yang positif dadah dan mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu kini direman bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau berkata polis menahan empat remaja lelaki berusia 14 hingga 21 tahun di Bukit Mertajam awal pagi tadi, dipercayai geng curi motosikal yang aktif di sekitar negeri ini.

“Polis menahan mereka secara berasingan bermula pukul 1 hingga 3 pagi tadi dan kami turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX-5 disyaki dicuri seorang daripada remaja itu,” katanya.

Katanya modus operandi kumpulan itu adalah dengan mencuri motosikal sebelum menjual dengan harga murah atau meleraikan komponennya sebelum menjualnya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati empat remaja itu terlibat sekurang-kurangnya 10 kes curi motosikal di negeri ini serta Selangor dan mereka kini direman bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: curi kereta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tabung Haji Akan Pohon 8,000 Kuota Tambahan Tahun Ini

Next Post

Ummi Kesal Azmin Cuti Di London Ketika Ibu Di ICU

Related Posts

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

01/12/2024
0

BESUT: Polis mengejar kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini...

Lelaki Curi Kenderaan, Miliki Pistol Tiruan

Lelaki Curi Kenderaan, Miliki Pistol Tiruan

31/07/2024
0

Subang Jaya : Polis menahan lelaki, dipercayai mencuri kenderaan dan memiliki pistol tiruan di Jalan Persiaran Kewajipan, di sini. IKUTI...

Next Post

Ummi Kesal Azmin Cuti Di London Ketika Ibu Di ICU

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd