• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWP Cadang Gelanggang Futsal Percuma

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menyediakan kemudahan gelangang futsal secara percuma buat warga kota dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata inisiatif berkenaan bakal dilaksana bagi menggalakkan gaya hidup sihat selain meringankan beban kewangan generasi muda dalam menjalankan aktiviti sukan.

“Kerajaan peka dengan kekangan kewangan dan kos sara hidup di bandar yang semakin meningkat, jadi kemudahan seperti ini semuanya bagi membantu rakyat menjalani hidup dengan lebih baik.

“Cadangan ini pada mulanya timbul apabila ada anak-anak muda di Putrajaya mengadu sukar nak bermain futsal di situ kerana kena bayar, tunggu giliran terlalu lama dan sebagainya jadi dalam masa sama kita akan laksanakan di Kuala Lumpur juga,” katanya selepas merasmikan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam program yang diadakan serentak dengan program ‘KL Car Free Morning’ atau pagi tanpa kenderaan itu, seramai 5,000 warga kota hadir mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan.

Tengku Adnan berkata lebih 8,000 bendera akan diedarkan kepada premis perniagaan di sekitar ibu kota dalam menyemarakkan sambutan Hari Wilayah pada 1 Feb ini.

“Sambutan diadakan secara lebih sederhana tahun ini melalui anjuran lebih 30 program dengan pengisian yang lebih dekat dengan komuniti,” katanya.

Menurut Tengku Adnan, peruntukan untuk sambutan pada tahun ini juga dikurangkan berikutan kekangan kewangan dihadapi negara. – BERNAMA

Tags: FutsalTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd