• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Ambil Sampel Tepung Gandum Dakwa Ada Peluntur

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sekiranya tepung tersebut didapati mengandungi bahan peluntur yang melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, pihaknya akan menarik semula penjualan tepung tersebut.

“Ia merupakan satu kesalahan undang-undang kalau kita menggunakan bahan kimia yang tidak dibenarkan untuk mengubah warna tepung. Sekiranya dibuktikan ada bahan kimia lebih daripada yang ditetapkan, kita akan ambil tindakan termasuk tarik balik penjualan, menghentikan operasi dan ambil tindakan dari segi perundangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal di ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Subramaniam mengulas mengenai senarai tepung gandum yang dikeluarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang didakwa mengandungi bahan peluntur dan boleh menjejaskan kesihatan.

Ditanya mengenai pil Misoprostol (atau Cytotec) yang didakwa boleh menggugurkan kandungan yang dijual secara dalam talian, Subramaniam berkata perkara itu sukar dikesan dan diambil tindakan kerana ia melibatkan pembelian yang dilakukan di luar negara.

“Pil seperti ini perlu mendapatkan preskripsi daripada seorang doktor. Kalau penjualan di Internet dibuat dalam negara, kita boleh kesan dan ambil tindakan. Kadang-kadang berlaku di luar negara dan datang melalui pos. Itu cabaran kita,” katanya.

Justeru, beliau berkata kementerian akan sentiasa bekerjasama dengan pihak Kastam Diraja Malaysia dan polis untuk mengesan sebarang bungkusan yang mengandungi pil tersebut dan mencari sekiranya terdapat penjualan berlaku di dalam negara.

Penjualan pil yang asalnya digunakan untuk mengubati penyakit gastrik itu hangat diperkatakan di laman sosial kerana mudah didapati menerusi pembelian dalam talian.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata pelantikan 2,600 graduan perubatan, pergigian dan farmasi secara kontrak ke dalam sektor kerajaan telah ndijalankan secara berperingkat bermula Disember lepas.

“Bagaimanapun pengisian jawatan kontrak ini bergantung kepada seberapa cepat Jabatan Perkhidmatan Awam mewujudkan jawatan-jawatan kontrak,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan pelantikan 2,600 graduan itu secara kontrak selewat-lewatnya Disember 2016 kerana kekangan jawatan tetap. – BERNAMA

Tags: KKMtepung gandum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd