• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kegilaan’ Swafoto Ekstrem Trend Tular Terkini

oleh AK-47
05/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI swafoto paling ekstrem yang banyak dilakukan ialah bergambar sendiri di atas bangunan tinggi dan ia sudah menjadi ikutan anak muda terutamanya di negara ini.

Pemerhatian Mynewshub di pelbagai laman sosial mendapati, banyak gambar yang dimuat naik memaparkan aksi lasak individu yang swafoto di bangunan tinggi di ibu negara mahu pun di negeri lain.

Sejak tular gambar dan video lapan remaja yang memanjat papan tanda gergasi ‘IPOH’ Isnin lalu, ‘terbongkar’ banyak lagi aksi remaja memanjat bangunan tinggi dalam keadaan berbahaya di laman sosial.

'Kegilaan' Swafoto Ekstrem Trend Tular Terkini

Bukan setakat memanjat pencawang TM tetapi juga bumbung Stadium Shah Alam serta jambatan Seri Wawasan di Putrajaya.

Aksi tersebut dikenali sebagai buildering atau scaling iaitu memanjat bangunan tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan.

Bukan sahaja memanjat bangunan tinggi tetapi juga diselitkan dengan aksi ‘parkour’ iaitu sejenis seni pergerakan badan yang bertujuan bergerak dari satu tempat ke tempat lain sepantas mungkin.

Pastinya, setiap aktiviti lasak tersebut dirakam dan dimuat naik di laman sosial untuk tontonan ramai.

Namun, tindakan tersebut dianggap melanggar undang-undang jika tiada kebenaran daripada pemilik premis ataupun pihak kerajaan tempatan.

Bagi rakyat di luar negara, aksi ekstrem untuk swafoto sememangnya telah menjadi satu perkara biasa sehingga ada individu maut akibat ‘kegilaan’ mengambil foto dari aras yang tinggi.

'Kegilaan' Swafoto Ekstrem Trend Tular Terkini

Pada Oktober 2015, seorang remaja Rusia yang gemar membuat aksi ekstrem antaranya bergayut di puncak bangunan maut selepas terjatuh dari tingkat 9 ketika cuba mengambil gambar swafoto.

Kes itu bukan pertama kali dilaporkan kerana kejadian sama berlaku di Manila, Filipina pada 2016 apabila seorang pelajar perempuan jatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium ketika memanjat tembok untuk rakam swafoto.

Sejak tular mengenai aksi ekstrem di bangunan tinggi untuk gambar swafoto, netizen berkongsi beberapa video yang memaparkan aksi yang gagal sehingga membawa maut.

Sudah tentunya ia sesuatu yang menakutkan apabila melihat rakan sendiri terjatuh ketika melakukan aksi parkour di bangunan tinggi.

Walaupun, banyak kejadian maut ketika swafoto di atas bangunan tinggi terjadi di luar negara namun ia tidak memberikan impak kepada anak muda di negara ini untuk dijadikan pengajaran.

Sebaliknya, seolah-olah mencabar diri dan mahu membuktikan yang golongan muda di negara ini juga mampu setanding di peringkat antarabangsa.

Mungkin ia bukan satu yang mustahil namun aksi esktrem ini perlu dilakukan dengan adanya ciri keselamatan supaya tidak kemalangan yang membabitkan kematian berlaku.

Ia adalah satu kerugian kepada negara jika ada generasi muda yang berbakat dalam sukan parkour ini tidak digunakan sebaik-baiknya malah disia-siakan dengan aksi ekstrem tanpa mementingkan ciri keselamatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aksi bahayaBangunanSwafototinggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Bahaya Lawan Arus Tular, Polis Kluang Tahan Seorang Penunggang

Aksi Bahaya Lawan Arus Tular, Polis Kluang Tahan Seorang Penunggang

21/03/2026
0

KLUANG, 21 Mac 2026 – Tindakan berani mati dua penunggang motosikal menunggang secara melawan arus di Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam...

“Saya Tidak Ambil Gambar, Cuma Guna Cermin”

09/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dirinya ada mengambil gambar swafoto atau ‘selfie’ ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd