• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Annuar Dalam UMNO: “Terpulang Presiden”

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO selepas penggantungannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) terserah kepada keputusan presiden parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jawatan Annuar itu adalah lantikan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jawatan beliau dalam UMNO dilantik presiden dan penggantungan Tan Sri Annuar adalah dalam agensi kerajaan.

“Tidak berbangkit jawatannya dalam UMNO, tetapi ia terpulang kepada pandangan presiden,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

MARA hari ini menggantung tugas Anggota Parlimen Ketereh sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd. (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Ahli Majlis MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob di ibu pejabat agensi itu di sini.

Ia membolehkan audit dalaman MARA menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Tengku Adnan berkata penggantungan itu juga sebagai prosedur siasatan dan belum terbukti Annuar melakukan kesalahan.

“Sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau bekerja dengan kuat dan melaksanakan tugas dengan baik, tidak ada masalah,” katanya. – BERNAMA

Tags: MARATan Sri Annuar Musa.Tengku AdnanTRWUMNOUniKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd