• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecewa… Wanita Potong Kemaluan Kekasih Guna Sabit

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA kecewa dengan kekasihnya yang berkahwin lain. Seorang wanita di India bertindak memotong kemaluan lelaki itu menggunakan sabit sebelum melarikan diri ke sebatang jalan raya.

Difahamkan wanita berkenaan telah merancang awal bagi menghalang kekasihnya itu daripada meniduri perempuan lain dengan menggodanya ke sebuah rumah konon untuk mereka bermadu asmara.

Namun setelah menutup mata kekasihnya yang berusia 23 tahun itu, dia lantas mengambil sebilah sabit dan mengelar kemaluan lelaki itu sebelum meninggalkannya meraung kesakitan berlumuran darah.

Ibu bapanya yang terkejut dengan kejadian itu segera membawanya ke hospital apabila mendapati anak lelakinya mengerang kesakitan di dalam biliknya.

Lelaki malang itu tidak menceritakan kejadian yang sebenarnya berlaku di rumah teman wanitanya yang terletak di Naugawan Darshan Sigh tetapi menutup kesalahan kekasihnya itu dengan mengaku bahawa dia terpotong kemaluannya sendiri.

Ketua Polis Kotwali, Anil Upadhya berkata: “Satu kes cubaan membunuh telah dibuat terhadap seorang gadis berusia 20 tahun yang merupakan jiran mangsa.

“Mereka saling mencintai antara satu sama lain namun si lelaki telah dikahwinkan dengan wanita lain kerana keluarga lelaki itu mempunyai masalah dengan ahli keluarga teman wanitanya (suspek).

“Disebabkan itulah wanita tersebut bertindak sedemikian.”

Tambah Upadhya lagi, suspek wanita dan lelaki malang itu telah bercinta lebih tiga atau empat tahun.

“Dia tidak berpuas hati apabila perkahwinan kekasihnya diatur dengan wanita lain yang setaraf dari kampung yang sama.

“Suspek menjemput mangsa ke kediamannya dan memotong alat sulitnya menggunakan sabit supaya tidak dapat bersetubuh dengan wanita lain.”

Suspek ditahan dan didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh.

Manakala senjata yang digunakan telah ditemui bersama-sama dengan alat sulit lelaki itu.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada alat sulit mangsa dapat dicantumkan semula atau tidak.

Mangsa pulang ke rumah setelah 10 hari berada di Mumbai dan menjalani proses penyembuhan di Hospital Sanjay Gandhi di Rewa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kekasihPotong kemaluan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

17/01/2025
0

Sungai Petani : Akibat terpedaya dengan janji manis lelaki 'pisau cukur', seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pukul bekas kekasihnya. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd