• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kandungan Benzoil Tepung Gandum Selamat Digunakan

oleh Ahmad Albab
18/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mendapati kandungan benzoil peroksida yang terdapat dalam pelbagai jenama tepung gandum di pasaran adalah di bawah kadar yang dibenarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata bahan benzoil peroksida disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada jumlah tertentu yang ditetapkan badan penilai antarabangsa, Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA).

Katanya berdasarkan Suruhanjaya Codex Alimentarius (CAC) iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 miligram (mg)/kilogram (kg).

“Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara-negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ia digunakan dalam semua makanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan beberapa akhbar tempatan bertarikh 16 Jan mengenai kandungan bahan peluntur benzoil peroksida dalam tepung gandum di pasaran, yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) boleh menjejaskan kesihatan.

Dr. Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.

“Ini termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Kementerian sentiasa memantau isu-isu terkini berhubung keselamatan makanan. Hasil pemantauan yang dilakukan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran menunjukkan kandungan benzoil peroksida adalah di bawah kadar yang dibenarkan,” katanya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

Tags: KKMtepung gandum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd