• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabel Telekomunikasi: Tindakan Tegas Buat Peniaga Besi Buruk

oleh AK-47
30/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis akan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga barang lusuh termasuk menarik balik lesen perniagaan jika didapati menyimpan, menjual serta melupuskan kabel serta peralatan telekomunikasi.

Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan memberi amaran kepada peniaga kedai barang lusuh supaya menghentikan perbuatan tersebut serta merta bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

“Polis mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai bagi membolehkan tindakan tegas terhadap “penyangak besi buruk” yang merosakkan kemudahan awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasnan berkata demikian berikutan kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada 28 Jan lalu bahawa kegiatan mencuri kabel telekomunikasi semakin menjadi-jadi di Perak dan ia dipercayai didalangi oleh sindiket terancang.

Menurut Hasnan pihaknnya tidak menafikan wujud kegiatan tersebut yang didalangi sindiket terancang di beberapa kawasan di Perak.

Hasnan berkata sebanyak 1,324 kes kecurian kabel telekomunikasi dilaporkan di Perak sepanjang tahun lalu, meningkat sebanyak 3.3 peratus berbanding 1,280 kes pada 2015.

“Jumlah kerugian yang direkodkan akibat kecurian kes pada 2016 adalah sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu, sebanyak 71 orang ditangkap dengan 32 orang daripada mereka dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Barang Lusuh 1946.

Selain itu, mereka yang dihadapkan ke mahkamhah juga didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Tindakan pencegahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2014, katanya.

Sementara itu, Hasnan berkata polis sedang giat mengesan saki baki “Geng Rengga”, Kumpulan Idris serta Kumpulan Naza yang giat mencuri kabel telekomunikasi.

Beliau berkata polis turut bekerjasama dengan beberapa agensi termasuk Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Bhd, Pihak Berkuasa Tempatan, Keretapi Tanah Melayu, Telco dan syarikat keselamatan untuk membanteras kegiatan mencuri kabel. – BERNAMA

Tags: Barang LusuhBesi Burukperalatan telekomunikasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kegagalan PAS Jadi Bahan Kempen UMNO Kelantan

Next Post

Bot Karam: 3 Termasuk Pemilik Catamaran Ditahan

Related Posts

Ku Ingatkan Besi, Rupanya Bom!

18/10/2018
0

“SAYA ingatkan suami bawa pulang besi buruk, tetapi sebaik memegang 'besi' itu baru saya sedar ia seperti bom,” kata suri...

Akta Barang Lusuh Perlu Dipinda Atasi Kecurian Kabel

23/07/2017
0

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sekali lagi menggesa agar Akta Barang Lusuh 1946 yang sebelum ini pernah diusulkan di Kabinet...

Next Post

Bot Karam: 3 Termasuk Pemilik Catamaran Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd