• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedekah Wang Kemenangan Kepada Mangsa Syria

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERPANGGIL untuk berkongsi rezeki, pelawak terkenal Johan berhasrat menyumbang sebahagian wang kemenangan dalam program Super Spontan Superstar 2016 kepada mangsa perang Syria.

Difahamkan, dia membuat keputusan itu kerana tersentuh hati dengan penderitaan yang dilalui pelarian dari negara bergolak berkenaan.

Dalam program berlangsung Oktober lalu, Johan dinobatkan sebagai Juara Super Spontan Superstar 2016 sekaligus berjaya meraih wang kemenangan RM100,000.

Johan Beri Wang Kemenangan Kepada Mangsa Syria

Pada masa yang sama, Johan percaya pemberian ikhlas itu akan menambahkan lagi rezeki seseorang.

“Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, Johan turut menyatakan impianya untuk membina masjid di kawasan yang memerlukan kelak.

“Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup.

“Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid. Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah,” katanya.

Alhamdulilah, murni sungguh niat Johan. Semoga cita-citanya itu dimakbulkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: johan raja lawakmasjidSyria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Asyraf Wajdi Puji Remaja Lapor Polis Tentang Guan Eng

Next Post

Kontinjen Universiade Taiwan Bakal Dibarisi Atlet Pelapis

Related Posts

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak...

Next Post

Kontinjen Universiade Taiwan Bakal Dibarisi Atlet Pelapis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd