• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaringan Faiz Menepati Hukum Fizik – ISN

oleh Ahmad Albab
12/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keunikan jaringan finalis Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ oleh banyak pihak adalah tidak benar, kata pakar.

Sebaliknya kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dr. Mohd. Khairi Zawi, jaringan itu menepati ‘Hukum Gerakan Ketiga Newton’.

Lencongan bola yang berlaku sehingga menewaskan penjaga gol Pahang Nasril Naurdin itu disebabkan ‘kesan Magnus’ yang terhasil apabila bola sepakan Mohd Faiz berputar dan mewujudkan satu daya yang mengikut dan melawan pergerakan bola, jelas Mohd Khairi.

“Dia (Faiz) hanya menendang bola menggunakan bahagian luar kaki kanannya untuk melencongkan bola itu sehingga menghasilkan satu daya yang dikenali sebagai kesan Magnus,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Khairi menambah: “Tendangan seperti itu banyak terjadi di negara kuasa besar bola sepak dan memang boleh diterima akal manusia kerana ia menepati hukum fizik, cuma di Malaysia tendangan seperti itu boleh dikatakan pertama kali terjadi.”

Jaringan menakjubkan Mohd Faiz itu turut melakar sejarah bola sepak Asia kerana beliau menjadi pemain Asia pertama yang tersenarai antara tiga finalis terakhir jaringan tercantik Anugerah Puskas 2016.

Mengulas lanjut, pakar sains sukan itu menjelaskan teknik sebenar yang digunakan Mohd Faiz ketika mengambil sepakan percuma tersebut ialah ‘curveball’ dan bukan ‘knuckleball’ seperti yang diperkatakan oleh orang ramai.

“Teknik ‘knuckleball’ tidak mengakibatkan pergerakan bola itu melencong, sebaliknya bola akan bergerak secara ‘zigzag’ kerana terkesan daripada kesan gelora yang terhasil daripada daya julangan,” jelasnya.

Beliau turut mengakui untuk menghasilkan tendangan seperti itu, seorang pemain bola sepak perlu mempunyai kemahiran yang tinggi selain daripada pengetahuan tentang fizik.

“Pemain bola perlu menguasai sepenuhnya teknik kemahiran menendang iaitu melalui latihan yang cukup selain faham serta tahu tentang mekanisme pergerakan bola yang mereka inginkan,” kata Mohd Khairi.

Jaringan ajaib itu dilakukan Mohd Faiz sewaktu membantu pasukannya, Pulau Pinang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

FIFA menerusi laman sesawang rasminya, www.fifa.com pada Disember lepas mengumumkan jaringan Mohd Faiz tersenarai antara tiga jaringan terbaik dunia untuk Anugerah Puskas 2016.

Video jaringan Mohd Faiz yang dimuat naik oleh FIFATV di laman YouTube pada 21 November lepas telah ditonton lebih dua juta pelayar dari seluruh dunia setakat minggu lepas.

Jumlah tontonan itu jauh meninggalkan dua lagi finalis iaitu Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (1.4 juta tontonan) dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela (1.1 juta tontonan).

Pemenang akan diumum pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland esok. – BERNAMA

Tags: Faiz Subripakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buat Laporan: Perasuah Mesti Diperangkap

Next Post

PPM Tahan Suami Isteri, Rampas Bom Ikan & Dadah

Related Posts

COVID-19: Pakar Syor PKP Sementara Secara Berstrata Menurut Kumpulan Berisiko

13/02/2022
0

: Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19. Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Putra...

Pakar Kesal Maklumat Salah Dos Penggalak Vaksin Berbeza

25/11/2021
0

Tidak seperti kejayaan program vaksinasi Covid-19 beberapa bulan lalu, sambutan untuk program dos penggalak yang bermula pada Oktober lalu dilihat...

Next Post

PPM Tahan Suami Isteri, Rampas Bom Ikan & Dadah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd