• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terima Apa Sahaja Ulama Kata – Mohd. Asri

oleh Ahmad Albab
26/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak sewajarnya menerima apa sahaja yang diperkatakan oleh golongan ulama berhubung sesuatu perkara.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, orang ramai mempunyai akal dan agama bukan untuk menyekat mereka daripada berfikir menggunakan akal.

“Jika hanya terima apa sahaja yang disebut oleh ulama, soalannya ulama mana? Ulama pun pelbagai aliran dan mazhab.

“Itu belum lagi kira yang pelbagai parti (politik),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membidas ceramah seorang tokoh agama yang menyeru orang ramai mematuhi hukum sesuatu perkara yang dinyatakan oleh ulama.

Penceramah agama itu berkata: “Lebih baik ambil sahaja hukum hakam yang telah disiapkan oleh ulama kerana orang awam walaupun `mengaji tinggi mana’ boleh bercelaru mengenai sesuatu hadis, dalil.

“Orang awam ikut apa yang haram, makruh, sunat dan sebagainya yang dinyatakan ulama kerana orang awam tak boleh mengesahkan sejauh mana nas atau dalil itu betul atau tidak dan bagaimana untuk menghurainya.”

Mohd. Asri seterusnya berkata, kenyataan penceramah agama itu hanya untuk menjadikan golongan agama sakral sehingga tidak dipersoalkan lagi kenyataan mereka.

“Lalu mereka boleh tuduh sesiapa yang mereka mahu ataupun mengambil kesempatan dunia dari siapa sahaja. Inikah versi Islam yang kita mahu?” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mufti Perlisulama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JDT Buat Perubahan Pertengahan Musim

Next Post

“Jahatnya Kerajaan…” – PAN Dakwa Mangsa Bah Derita

Related Posts

Umat Islam Tidak Dibenar Hadir, Turut Serta Upacara Keagamaan, Ritual Bukan Islam – Mufti Perlis

Umat Islam Tidak Dibenar Hadir, Turut Serta Upacara Keagamaan, Ritual Bukan Islam – Mufti Perlis

08/02/2025
0

Kangar : Umat Islam tidak dibenarkan untuk menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam di Perlis. IKUTI...

Tiada Nas Agama Suruh Cuti Jumaat – Mufti Perlis

Tiada Nas Agama Suruh Cuti Jumaat – Mufti Perlis

12/10/2024
0

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan tiada dalam nas agama dan Islam yang menyatakan hari...

Next Post

"Jahatnya Kerajaan…" - PAN Dakwa Mangsa Bah Derita

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd