• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Harap Anak Hilang Dalam Air Banjir Ditemui

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Ibu kepada Mohd Fais Syafiq Hassan, 21, yang hilang dalam kejadian bot terbalik di Kampung Tengah dekat sini semalam berharap anaknya dapat ditemui segera.

Suzirah Basar, 46, berharap pasukan mencari dan menyelamat menemui anaknya dalam keadaan selamat.

“Mak cik harap Fais selamat,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Menceritakan detik kejadian itu, adik mangsa Norhaslizah Nordin, 16, berkata abangnya memberitahu dia ingin pergi menyelamatkan barang-barang di rumah mereka yang ditinggalkan akibat banjir.

“Abang beritahu dia nak pergi main air sekejap dan saya tidak sangka perkara buruk menimpa abang,” katanya.

Mohd Fais dilapor menaiki bot bersama bapa saudara, sepupunya serta dua rakannya dari rumahnya di Jalan Pemuda, Kampung Tengah untuk menyelamatkan barangan yang ditinggalkan.

Bot terbabit kemudiannya dikatakan bergesel dengan dua lagi bot lain sehingga menyebabkan bot berkenaan dimasuki air dan terbalik.

Empat penumpang bot itu sempat diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang berada di tempat kejadian, manakala mangsa dihayutkan arus deras.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Raub Selamat ketika dihubungi berkata operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada pukul 5.30 petang tadi dan akan disambung semula 7 pagi esok.

“Sehingga kini kawasan pencarian sekitar radius tiga kilometer dari tempat kejadian dan kita masih belum menjumpai mangsa walaupun pasukan penyelam skuba dari pasukan bomba melakukan selaman sedalam 12 kaki,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirHILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Besar Landa Kuala Lumpur Ekoran Hujan Lebat Petang Tadi

Banjir Besar Landa Kuala Lumpur Ekoran Hujan Lebat Petang Tadi

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat petang tadi selepas hujan lebat berterusan lebih satu jam...

Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua ‘Airboat’ Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir

Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua ‘Airboat’ Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua ‘airboat’ berkuasa tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd