• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu 2 Anak Didakwa Tipu Proses Percepat Giliran Haji

oleh Ahmad Albab
12/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang suri rumah berhubung proses mempercepatkan giliran ibadah haji yang tidak wujud.

Hidayatul Akmal Yusoff, 28, didakwa memperdayakan Siti Dara Darman, 52, sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM9,500 kepadanya bagi proses mempercepatkan giliran ibadah haji bagi tahun 2016 yang tidak wujud.

Tindakan itu telah menyebabkan mangsa menyerahkan sejumlah wang tersebut di mana mangsa tidak akan melakukan sedemikian sekiranya tidak diperdaya oleh tertuduh.

Ibu dua anak itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di premis Tabung Haji cawangan Kelana Jaya, di sini pada 21 Sept tahun lalu mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abd Rahman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili peguam Keshreena Sidhu memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan dia mempunyai dua anak yang masih kecil dan seorang daripadanya menghidap penyakit jantung berlubang.

Majistret Salamiah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Feb untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Hajikes tipu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Antara Permintaan Terakhir Adenan Satem

Next Post

Nahas Duke: Anak Mangsa Pernah Tinggal Dengan Nenek

Related Posts

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tak Dibenarkan Walaupun Untuk Haji

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tak Dibenarkan Walaupun Untuk Haji

28/10/2024
0

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk tujuan menunaikan haji bagi...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Nahas Duke: Anak Mangsa Pernah Tinggal Dengan Nenek

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd