• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Selayang Dilengkapi Teknologi Paling Canggih

oleh AK-47
08/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesakit kini boleh mendapat manfaat daripada teknologi tercanggih di Malaysia menggabungkan kaedah angiografi dan CT Scan iaitu mesin Angio-CT Hibrid di Hospital Selayang di sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Zailan Adnan berkata dengan menggunakan sistem hibrid menggabungkan kedua-dua kaedah, pesakit boleh diimbas serta merta selepas prosedur untuk menilai keberkesanan rawatan dan menyediakan baseline untuk imbasan susulan seterusnya.

“Pesakit tidak perlu dipindahkan dari meja atau ke bilik lain untuk tujuan ini. Tempoh prosedur juga dipendekkan, justeru mengurangkan masa menunggu keseluruhan,” kata beliau pada majlis perasmian Unit Angiografi dan mesin Angio-CT Hibrid, di Hospital Selayang hari ini.

Hospital Selayang Dilengkapi Teknilogi Tercanggih Dalam Negara

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan dihadiri oleh Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh.

Dr Zailan berkata selain meletakkan ubat di organ dalaman di kedudukan yang tepat tanpa menjalani pembedahan utama, mesin Angio-CT Hibrid akan mengurangkan pendedahan radiasi kepada kakitangan yang bekerja di ruang intervensi.

Beliau berkata perkhidmatan angiografi dimulakan di Hospital Selayang pada 2009 tetapi pada tahun 2013 ia sering mengalami kerosakan sehingga ia diisytiharkan tidak dapat dibaiki.

Hospital Selayang Dilengkapi Teknilogi Tercanggih Dalam Negara

Sementara itu, Dr Subramaniam pada sidang media selepas majlis tersebut berkata mesin yang berharga RM10 juta itu telah digunakan di Hospital Selayang sejak Oktober 2016 dan ia mampu memberi rawatan sehingga 10 kes dalam sehari.

Katanya kerajaan berhasrat memperluaskan penggunaan mesin itu ke hospital lain sekiranya mempunyai bajet.

Dalam pada itu Subramaniam berkata selain Hospital Selayang, setakat ini mesin angiografi telah diletakkan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Ampang dan Institut Kanser Negara.

“Mesin angiografi juga diletakkan di hospital negeri yang besar meliputi zon serantau seperti Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah untuk zon Utara, Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu (zon Selatan), Hospital Umum Sarawak di Kuching dan Hospital Queen Elizabeth di Sabah (zon Malaysia Timur),” katanya.

Beliau berkata setakat ini terdapat 11 pakar Intervensional Radiologi di seluruh negara yang memberi diagnosis dan rawatan dengan teknik invasif yang minimal dengan kaedah panduan fluoroskopi.

Sementara itu, enam lagi pengamal perubatan sedang mengikuti kursus dalam bidang ini, katanya. – BERNAMA

Tags: Angio-CT HibridhospitalkesihatanMesin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd