• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nokia ‘Bernafas Semula’ Dengan Nokia 6

oleh AK-47
09/01/2017
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HMD Global, syarikat Finland yang memegang lesen untuk mengeluarkan peranti mudah alih hari ini melancarkan telefon pintar pertama mereka dibawah jenama Nokia, iaitu Nokia 6.

Pelancaran telefon pintar baharu tersebut memberikan ‘nafas baru’ buat jenama telefon bimbit ikonik itu sejak 2014, apabila Nokia Oyj memilih untuk menjual seluruh unit telefonnya kepada Microsoft.

Nokia 6 akan dikuasakan dengan platform Android dan dikeluarkan oleh Foxconn serta dijual secara eksklusif di China melalui peruncit atas talian, JD.com. Ia dianggarkan berharga dalam 1699 yuan seunit, iaitu sekitar RM1100.

Menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, Nokia 6 turut menggunakan rekaan skrin 2.5D dengan Gorilla Glass. Melengkapkan telefon pintar ini adalah cip pemprosesan daripada Qualcomm, iaitu Snapdragon 430.

Nokia 'Bernafas Semula' Dengan Nokia 6

Dari segi kamera, Nokia 6 hadir dengan kamera utama 16MP dengan pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Biarpun masih untuk pasaran China, pihak HMD Global menyasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak produk baru pada pertengahan pertama 2017 ini.

Seperti sedia maklum, Nokia suatu ketika dahulu merupakan pembuat telefon bimbit yang dominan di dunia tetapi terlepas peralihan kepada telefon pintar dan kemudian memilih sistem operasi Microsoft Windows untuk rangkai­an ‘Lumia’.

Selepas 2014, Microsoft terus menjual telefon asas pada harga rendah di bawah jenama dan telefon pintar Lumia di bawah namanya sendiri, tetapi pada tahun lepas, syarikat itu mening­galkan sebahagian besar ke­dua-dua perniagaan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: nokiaperanti pintar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pejalan Kaki Maut Dalam Kejadian Langgar Lari

Next Post

Tragik: Remaja 12 Tahun Tayang Video Live Bunuh Diri

Related Posts

Kenapa KPM Lewat Agih Laptop? – Najib

26/04/2021
0

DARI FB NAJIB RAZAK BANTUAN 150,000 unit peranti bagi murid-murid golongan B40 dilulus dalam bajet 2021. Dijanji kerajaan untuk dipercepatkan...

Vivo V20, V20 Pro Dengan Teknologi ‘Eye Autofocus’

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Vivo secara rasminya melancarkan V20 dan V20 Pro, model terbaharu dalam siri V20 “Be The Focus” di...

Next Post

Tragik: Remaja 12 Tahun Tayang Video Live Bunuh Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd