• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hargai Rakyat Malaysia Tak Putus-Putus Doa – Faiz

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri melahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan yang diraihnya di Zurich, Switzerland pada Selasa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peminat bola sepak di seluruh dunia yang mengundi jaringannya untuk merangkul anugerah yang mengiktiraf jaringan tercantik bagi 2016.

“Perasaan saya memang cukup berbangga, ada perasaan gementar sebentar tadi,” katanya ketika ditemu bual FIFATV selepas menerima anugerah itu daripada legenda bola sepak Brazil, Ronaldo.

Mohd Faiz bercakap dalam Bahasa Malaysia sewaktu ditemu ramah dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah bertindak sebagai jurubahasa secara spontan.

Penyerang Pulau Pinang itu memberitahu FIFATV, anugerah berkenaan adalah rezeki untuk dirinya serta keluarga.

Mohd Faiz merupakan ‘arkitek’ dan jaringannya disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.

Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Ditanya FIFATV mengenai jaringan tersebut, anak jati Ayer Hitam, Kedah itu menyifatkan ia gol paling menarik pernah dijaringkan sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.

“Bagi saya, ia hasil titik peluh saya sewaktu latihan,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa depannya, Mohd Faiz tidak menolak kemungkinan beraksi di benua Eropah jika diberi peluang, namun mengakui masih terikat kontrak setahun dengan Pulau Pinang.

Kejayaan itu menyaksikan Mohd Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu yang dinamakan sempena legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.

Mohd Faiz meraih 59.46 peratus undian, manakala Marlone (22.86 peratus) dan Rodriguez (10.01 peratus). – BERNAMA

Tags: Faiz SubriFifa Puskas Award
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Tak Muat Kereta Ditarik Dengan Kerusi

Next Post

Kejayaan Faiz Inspirasi Buat Pemain Bola Sepak Negara

Related Posts

Gol Goulon Sah Dicalonkan Ke Anugerah Puskas

26/06/2019
0

KELANA JAYA - Pertahanan Pahang, Herold Goulon menjadi individu kedua daripada Malaysia dihantar nama ke FIFA bagi pencalonan Anugerah Puskas...

Puskas 2018 Gol Ketujuh Terbaik Salah: Milner

25/09/2018
0

LONDON - Pemain tengah England, James Milner berjenaka apabila mengatakan anugerah Puskas yang dimenangi Mohamed Salah adalah gol ketujuh terbaiknya...

Next Post

Kejayaan Faiz Inspirasi Buat Pemain Bola Sepak Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd