• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Grab Beri Amaran Tamat Khidmat Pemandu ‘Sesumpah’

oleh Ahmad Albab
05/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia memberi amaran untuk menamatkan khidmat pemandunya yang gagal mematuhi peraturan ketika beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di Sepang.

Ketua Negara Grab Malaysia, Jaygan Fu berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penipuan atau pemandu yang menjejaskan kepercayaan pelanggan dalam perkhidmatan dan aplikasi tempahan itu.

Katanya, isu penipuan dan pemandu yang tidak beretika menjejaskan pendapatan dan kehidupan rakan sekerja yang berusaha keras dengan menjadikan operasi Grab sebagai punca pendapatan.

“Kami sedang menyiasat perkara ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti penipuan.

“Tindakan ini termasuk terus menyingkirkan mereka dari perkhidmatan kami secara tetap,” katanya dalam kenyataan kepada mStar Online.

Syarikat itu mengulas pendedahan mStar Online mengenai tindakan kelompok pemandu Uber/Grab yang sanggup bertukar status menjadi ‘ulat’ untuk mendapatkan penumpang di KLIA dan KLIA2 bagi mengaut untung bersih.

Portal berita ini menamakan kelompok pemandu ini sebagai ‘sesumpah’ bagi membezakannya dengan ‘ulat’ sedia ada, sesuai dengan sifat haiwan itu yang sering berubah-ubah mengikut persekitaran.

Jaygan berkata, semua pemandu Grab melalui latihan dan pemeriksaan yang ketat dalam memberi perkhidmatan kepada penumpang.

Beliau menambah, pemandu juga perlu mematuhi peraturan ketat, termasuk tidak mengenakan caj berlebihan berbanding yang dinyatakan di dalam aplikasi.

“Kami menyeru semua penumpang untuk menggunakan hak mereka bagi mendapat perkhidmatan yang selamat, selesa dan berpatutan.

“Pelanggan juga dinasihatkan supaya menghubungi talian hotline 1300 80 5858 atau emel kepada support.my@grab.com sekiranya berlaku situasi seumpamanya bagi membolehkan syarikat campur tangan dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta pemandu lain supaya membuat laporan sekiranya mereka mengesan insiden berkenaan.

“Sebarang maklum balas yang diterima akan membantu kami untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan.

“Objektif utama Grab adalah menyediakan perkhidmatan yang selesa, selamat, mudah dan berpatutan kepada penumpang sambil menimbangkan kebajikan pemandu,” katanya.

Terdahulu, Uber Malaysia memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan bersama pihak berkuasa berkaitan berhubung insiden pemandunya yang menjadi ‘sesumpah’ di KLIA dan KLIA2. – mStar Online

Tags: Grab CarSesumpah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki 50 Tahun Bunuh 10 Ahli Keluarga

Next Post

Tottenham Hotspur, Alli Musnahkan Harapan Chelsea

Related Posts

Netizen Dakwa Kerjaya Pandu Grab Satu ‘Scam’

21/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang netizen yang tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehnya sebagai pemandu Grab sejak empat bulan lalu...

Tun M Enggan Sesuaikan Diri Dengan Peredaran

30/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung ikrar beliau untuk mengkaji semula perkhidmatan...

Next Post

Tottenham Hotspur, Alli Musnahkan Harapan Chelsea

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd