• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gigit Tangan Polis, Pengurus Syarikat Didenda RM2,500

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara enggan memberi kerjasama dengan anggota polis semasa pemeriksaan sekatan jalan raya dan menggigit tangannya, seorang pengurus sebuah syarikat swasta didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mahyudin Mohamad Som turut memerintahkan tertuduh Ho Wei Onn, 40, menjalani hukuman penjara tiga bulan jika dia gagal membayar denda. Dia membayar denda.

Tertuduh mengaku menghalang Koperal Mohd Yusry Jilani daripada menjalankan tugasnya dengan enggan memberi kerjasama serta bertindak agresif dengan mengigit tangan kiri anggota polis berkenaan di KM3.9 Lebuhraya Sprint, di Brickfields, di sini, pada pukul 3 pagi, 7 Jan lepas.

Lelaki itu didakwa dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, ketika sekatan jalan raya, tertuduh enggan memberi kerjasama kepada anggota polis dan mengeluarkan kata-kata kesat serta bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan tangan antara mereka sehingga tertuduh menggigit tangan kiri anggota polis berkenaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Zhafri Aminurashid memohoh hukuman denda minimum dengan alasan dia penanggung tunggal keluarga manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Tags: anggota polisGigitPengurus Syarikat Swasta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd