• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Geng Tuah’ Tumpas, Guru Sekolah Antara Diberkas

oleh Ahmad Albab
23/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Guru sekolah antara lima individu yang diberkas polis Perak, dipercayai anggota ‘Geng Tuah’ yang aktif memalsukan dokumen kerajaan, menerusi tiga serbuan pada Jumaat dan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) Perak Datuk Gan Tian Kee berkata sindiket itu dipercayai memalsukan dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, lesen memandu, cukai jalan dan perakuan pendaftaran untuk kereta klon atau curi sejak beberapa tahun lepas.

“Bertindak atas maklumat dan risikan selama sebulan, sepasukan anggota dan pegawai daripada D4 (Bahagian Operasi/Risikan/Rekod) Perak membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Maju Rapat, Ipoh pada Jumaat pada 4.30 petang.

“Hasil serbuan, polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai ketua kumpulan serta merampas pelbagai peralatan yang disyaki diguna untuk menyediakan dokumen palsu,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Siasatan lanjut mendapati lelaki itu pernah ditahan dua kali di bawah kesalahan yang sama, kata Gan.

Berdasarkan soal siasat ke atas suspek, polis membuat serbuan kedua pada hari sama di sekitar Ipoh dan menahan seorang lagi lelaki berusia 43 tahun yang menggunakan gelaran ‘Datuk Seri Panglima Diraja’.

Dalam serbuan itu polis turut merampas tiga kenderaan mewah yang disyaki kenderaan klon, kata Gan.

Semalam, polis melakukan serbuan ketiga dan menahan sepasang suami isteri, masing-masing berusia 37 tahun dan bekerja sebagai kerani Pos Malaysia dan guru, di Pokok Asam, Taiping.

Gan berkata polis kini memburu saki-baki anggota sindiket.

Polis juga menasihati mereka yang pernah menggunakan khidmat sindiket ini agar tampil membantu siasatan atau akan dianggap sebagai rakan subahat.

“Kita memandang serius perkara ini dan akan menyiasat hingga ke akar umbi kerana ia melibatkan dokumen rasmi kerajaan yang dipalsukan butiran.

“Lebih membimbangkan dokumen ini boleh jatuh ke tangan orang asing,” katanya menambah sindiket mengenakan bayaran ratusan hingga ribuan ringgit untuk setiap dokumen yang dipalsukan, bergantung kepada permintaan pelanggan mereka.

Gan berkata dua suspek yang diberkas pada Jumaat telah ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu, manakala permohonan reman terhadap pasangan suami isteri itu dibuat hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda. – BERNAMA

Tags: polissindiket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd