• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal TPPA Tidak Bererti Perdagangan Malaysia ‘Terencat’

oleh Ahmad Albab
23/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kegagalan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimuktamadkan susulan tindakan Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian itu, tidak bermakna perdagangan Malaysia akan ‘terencat’.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan sebaliknya berkata Malaysia sudah bersedia dengan beberapa alternatif lain, termasuk melalui perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dijangka dimuktamadkan hujung tahun ini.

Jelasnya, RCEP dilihat menjadi alternatif yang menawarkan perdagangan yang menarik kerana walaupun masih baru, namun ia meliputi pasaran pengguna yang lebih besar, dengan China sahaja mempunyai 1.3 bilion penduduk manakala India 1.2 bilion berbanding TPPA yang hanya melibatkan 880 juta penduduk.

“Dalam TPPA, tiada penglibatan India dan China, dalam RCEP mereka (India dan China) ada, jadi kalau kita menumpukan pada RCEP, maka ia tidak bermakna kita kerugian besar akibat kegagalan TPPA,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kilang Zinon Food Industry Sdn Bhd, di sini hari ini.

RCEP melibatkan negara anggota ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand, manakala TPPA merangkumi AS, Jepun, Australia, New Zealand, Chile, Mexico, Kanada, Peru dan empat anggota ASEAN — Malaysia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

Ahmad berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk mengadakan rundingan dua hala Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan empat daripada 12 negara yang menyertai TPPA sebelum ini.

Empat negara yang belum mempunyai FTA dengan Malaysia ialah Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

“Sepanjang lima tahun rundingan TPPA dibuat, kita sudah mempunyai hubungan yang cukup baik dengan keempat-empat negara tersebut.

“Kita rasa dalam tempoh dua tahun, kita boleh memuktamadkan FTA tersebut kerana rundingan untuk satu perjanjian perdagangan bebas lazimnya akan mengambil masa setahun dua untuk selesai,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanTPPA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Dia Tunjuk ‘Jari’ Pada Saya Sedangkan Dia Yang Salah”

Next Post

Kekangan Kewangan Tak Jejas Aspek Keselamatan – PAT

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

05/10/2023
0

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Next Post

Kekangan Kewangan Tak Jejas Aspek Keselamatan - PAT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd