• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Rampas Lebih 2,000 Karton Rokok Seludup

oleh Ahmad Albab
20/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) merampas 2,195 karton rokok pelbagai jenis bernilai lebih RM53,000 di dalam sebuah van di tepi sungai Kampung Puyut di sini pada Rabu malam.

Komander Esscom DCP Datuk Wan Abd Bari Wan Abdul Khalid berkata anggota Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) menyerbu van berkenaan yang dipercayai membawa rokok untuk diseludup, namun pemandu van sempat melarikan diri, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu.

“Pemeriksan lanjut, pasukan itu menjumpai sejumlah rokok yang disembunyikan di dalam beberapa buah kotak tanpa label,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Van itu disita dan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

Sementara itu, di Sandakan, PPM menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dalam dua operasi di perairan Nunuyan Laut.

Abdul Bari berkata PATI yang terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita dewasa berumur dalam lingkungan 21 hingga 45 tahun itu, ditahan ketika cuba memasuki perairan negara melalui laluan yang tidak diwartakan.

Kesemua PATI telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut, katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat aktiviti mencurigakan dan melanggar undang-undang negara, disaran melaporkan segera kepada Pusat Operasi Esscom, di talian 089-863181. – BERNAMA

Tags: EsscomRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Curi Air: 3 Pengarah Syarikat Didenda RM15,000 Seorang

Next Post

3 Maut, 20 Cedera Dirempuh Kereta Dikejar Polis

Related Posts

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Next Post

3 Maut, 20 Cedera Dirempuh Kereta Dikejar Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd