• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lokasi Dikenal Pasti Untuk Stadium Ragbi

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua kawasan di Lembah Klang dikenal pasti sebagai lokasi pembinaan stadium ragbi kekal bagi memastikan pemain negara mempunyai tempat latihan yang khusus sebelum menghadapi sesuatu kejohanan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerja pembinaan stadium ragbi itu dijangka bermula sama ada tahun ini atau tahun depan, bergantung kepada proses mendapatkan tapak.

“Kita usahakan tapak terlebih dahulu. Kalau dah dapat tapak, baru saya boleh umumkan. Ada dua pilihan dan saya akan bincang dengan Kesatuan Ragbi Malaysia yang mana lebih sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas majlis pra-pelancaran penjenamaan Stadium Putra, Bukit Jalil kepada Axiata Arena di Menara Axiata, di sini hari ini.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Belia dan Sukan bercadang membina sebuah stadium ragbi kekal bagi menghargai kejayaan Malaysia menjuarai Kejohanan Ragbi Asia Divisyen Satu di Bukit Kiara, tahun lepas.

Skuad negara ketika ini menjalani latihan sama ada di Padang Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dan Padang Kelab Cobra di Petaling Jaya.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata sasaran sebenar kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan diumumkan apabila tiba masanya dan beliau yakin atlet negara mampu muncul juara keseluruhan.

Beliau turut memaklumkan Fasa Pertama Bandar Sukan Kuala Lumpur (KL) dapat disiapkan pada Julai ini walaupun beberapa pihak kurang yakin ia boleh digunakan sebelum bermulanya Sukan SEA pada Ogos.

“Insya-Allah, semua akan selesai sebelum Julai, kerja pengubahsuaian mengikut jadual, tiada kelewatan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi Osman dilaporkan sebagai berkata, kerja pembinaan Fasa Pertama Bandar Sukan KL sudah 60 peratus siap yang melibatkan kerja naik taraf Stadium Nasional, Stadium Putra, Pusat Akuatik Nasional dan Stadium Hoki Nasional.

Bandar Sukan KL fasa kedua bernilai RM1.1 bilion, akan bermula pada awal 2018 sebaik sahaja Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN berakhir, dan dijangka siap pada akhir 2020.

Fasa kedua akan mewujudkan hab sukan bersepadu yang terdiri daripada infrastruktur bertaraf dunia termasuk kemudahan latihan sukan elit, Pusat Pemulihan Sains Sukan, Taman Belia, kemudahan sukan awam, Muzium Sukan, Hotel Belia, Pusat Konvensyen dan pusat membeli-belah berfokuskan sukan.

Rukun Juang Sdn. Bhd. (RJSB) iaitu anak syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad, telah dilantik sebagai pemaju induk Bandar Sukan KL pada Oktober 2015. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinragbiStadium
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Enggan Serah ‘McNugget’ Biarpun Diacu Pistol

Next Post

Pesara Ditipu Lelaki Menyamar Exco Negeri

Related Posts

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

20/07/2024
0

ALOR SETAR: Remaja lelaki berusia 18 tahun rebah sebelum meninggal dunia sebelum menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah Darul...

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Next Post

Pesara Ditipu Lelaki Menyamar Exco Negeri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd