• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor, Pengusaha Taska Antara Penyebar Ajaran Sesat

oleh Ahmad Albab
20/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Golongan profesional seperti doktor dan pengusaha taska persendirian antara yang dikesan terlibat menyebarkan ajaran sesat seperti ajaran Millah Abraham di kawasan Putrajaya, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Anggota Parlimen Putrajaya itu berkata beliau “turun” sendiri ke kawasan yang disyaki menjadi  tumpuan penyebaran ajaran sesat itu dan surau-surau selain dimaklumkan penduduk mengenai kegiatan tersebut.

Menurutnya, golongan doktor yang membuka klinik di kawasan itu dikesan mengambil kesempatan menyebarkan ajaran yang bertentangan ajaran Islam sebenar itu kepada pesakit yang dibantu kerana masalah kewangan.

“Pengusaha taska atau pusat asuhan kanak-kanak yang dipercayai datang daripada Bangi, Pinggiran Putra serta Sepang ini mengenakan bayaran yang agak murah bagi menarik perhatian ibu bapa dan akhirnya menggunakan peluang itu untuk menyebarkan dakyah atau fahaman masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan sebanyak RM48,000 untuk Program Tahsin Iqra dan Hafazan kepada 25 sekolah di Putrajaya di Masjid Tuanku Mizan di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata penularan ajaran sesat dipandang serius oleh pihaknya melalui pemantauan berterusan selain memperkasakan program keagamaan melalui ceramah dan syarahan agama oleh tokoh ternama dari luar yang diadakan setiap minggu di surau dan masjid.

Beliau turut meminta Majlis Perwakilan Penduduk, Rukun Tetangga, masyarakat serta anggota UMNO untuk sama-sama memantau dan membendung penularan ajaran sesat kerana dibimbangi boleh mempengaruhi penduduk Putrajaya yang 98 peratus daripadanya beragama Islam.

Kumpulan Millah Abraham diisytihar sebagai ajaran sesat pada 2009 kerana didapati menyeleweng daripada akidah Islam dan pengikutnya dianggarkan sudah menjangkau 5,000 orang di seluruh negara dengan menyasarkan golongan muda yang kurang mendapat didikan Islam. – BERNAMA

Tags: Ajaran SesatTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

03/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 14 ajaran difatwakan sesat dikesan masih aktif di negara ini, dengan semuanya berada dalam pemantauan pihak berkuasa....

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

31/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd