• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Disangka Ibu King Coco, Netizen Hina Wanita Ini

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEK hanya kerana merakamkan gambar bersama King Coco di hari pernikahannya, seorang wanita pertengahan usia menerima tempias apabila teruk dihina dan dikritik netizen selepas disangkakan ibu kepada instafamous itu.

Disangka Ibu King Coco, Netizen Hina Wanita Ini

Disangka Ibu King Coco, Netizen Hina Wanita Ini

Kesal dengan situasi itu, anak mangsa yang dikenali sebagai Eyqa Sufi tampil menjelaskan bahawa ibunya tiada kena mengena dengan Coco dan memohon orang ramai agar memadamkan gambar tersebut.

“Saya mohon korang semua buang gambar itu segera atau saya akan ambil tindakan lanjut.

“Tolong ya hormat ibu orang lain sama seperti awak semua menghormati ibu sendiri. B******** N***, apa tujuan awak memuat naik gambar ibu saya dan Coco? Nak bagi orang hina/maki ke?

“Cukuplah semua ini. Saya bagi masa sampai esok untuk buang gambar-gambar berkenaan.

“Apa perasaan awak semua kalau ibu sendiri kena bash padahal langsung tak ada kena mengena pun? Awak nak bengang dengan Coco ke apa, nasiblah. Soal ibu bapa, jangan dibuat main-main. Panas pula saya malam ini,” tulisnya di laman Facebook.

Disangka Ibu King Coco, Netizen Hina Wanita Ini

Menerusi gambar yang dimuat naik laman Facebook popular itu, netizen menghina penampilan dan wajah wanita yang disangkakan ibu Coco.

Antara hinaan netizen, tudung wanita itu nampak murah dan wajahnya seperti orang Jawa.

Disangka Ibu King Coco, Netizen Hina Wanita Ini

Disangka Ibu King Coco, Netizen Hina Wanita Ini

Komen itu nyata menguris hati anak-anak wanita itu yang memohon agar ibu mereka tidak lagi dihina dan dicemuh masyarakat yang langsung tak tahu hujung pangkal cerita.

Difahamkan, ibu Coco memakai tudung berwarna coklat dan wanita pertengahan usia memakai tudung ungu itu hanya menemani ibu Coco di atas pelamin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: facebookKing Cocoviral
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd