• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dinasihat Berhati-hati Guna Jalan Gua Musang-Lojing

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 97 di sini, kini boleh dilalui semua kenderaan selepas runtuhan tanah dari lereng bukit yang menimbus sebahagian laluan itu, telah dibersihkan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Rajab Ahad Ismail berkata berikutan kejadian pukul 4.45 petang tadi itu, jalan berkenaan ditutup dua jam bagi kerja pembersihan lumpur dan tanah yang menimbus jalan berkenaan.

“Kerja membersih lumpur dan tanah itu dilakukan anggota polis dari Balai Polis Lojing dengan dibantu orang awam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata jalan itu dibuka semula kepada semua kenderaan kira-kira pukul 6.30 petang sebaik semua kerja pembersihan selesai.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku ketika hujan lebat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna laluan tersebut supaya lebih berhati-hati ketika musim tengkujuh ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan. – BERNAMA

Tags: BanjirGua Musangtanah runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harap FIFA Benar Faiz Pakai Pakaian Tradisional Melayu

Next Post

Remaja Lemas Tergelincir Ke Sungai Kelantan

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Remaja Lemas Tergelincir Ke Sungai Kelantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd