• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Dan Siat Kulit Kucing Kerana Tiada Duit Nak Pelihara

oleh Ahmad Albab
14/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEREMPUAN kejam ini sepatutnya disula. Perbuatannya yang membunuh kucing yang baru dibelinya dan kemudian menyiat kulit binatang tersebut disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk memeliharanya, tidak sepatutnya dimaafkan.

Wanita itu yang dikenali sebagai Lan Yan, sebelum ini telah membeli kucing terbabi di sebuah kedai di Lijiang, China, pada harga RM1,668 namun kemudian menyedari dia tidak mempunyai wang untuk memelihara kucing terbabit.

Lan Yan kemudiannya kembali ke kedai itu dan memberitahu dia mahukan wangnya semula dan mahu memulangkan kucing terbabit, namun ditolak oleh pekedai, Sheng, memandangkan kucing itu tidak mengalami sebarang kecacatan.

Bagaimanapun lima hari selepas Sheng menolaknya, dia menemui beg plastik berwarna hitam di luar kedainya. Selepas membuka plastik itu, alangkah terkejutnya Sheng apabila mendapati ada kucing yang mati dan kulitnya disiat.

kucing

Melihat kepada bentuk kucing tersebut, Sheng menyedari bahawa ia adalah kucing yang telah dijualnya kepada Lan Yan.

Sheng kemudiannya mengecam pembunuhan kucing itu di dalam media sosial.

“Inilah kali pertama saya terpaksa berdepan dengan perbuatan seumpama ini sejak saya membuka kedai. Wanita itu menggunakan kaedah yang sangat kejam untuk menamatkan riwayat seekor binatang.

“Saya berharap agar mereka yang tidak pasti supaya memikirkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk memelihara binatang. Tidak apa jika tidak sayangkan binatang, tapi jangan cederakan mereka,’’ demikian tulis Sheng dengan panjang lebar.

Tidak lama kemudian, iaitu dua hari lepas, Lan Yan telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka .

“Kepada semua pencinta binatang, saya minta maaf kerana melukakan hati anda,’’ katanya yang menjelaskan dia tidak mampu memelihara kucing disebabkan sewa apartmentnya yang tinggi.
Dia juga mendakwa telah merayu kepada Sheng supaya memulangkan duitnya, namun ditolak oleh Sheng. – Mynewshub.cc

Tags: kejamkucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd