• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba KL Selamatkan Harta RM1.2 Bilion Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (JBPMKL) berjaya menyelamatkan aset bernilai RM1.2 bilion dalam 1,734 kebakaran bangunan dan harta benda yang direkodkan tahun lepas.

Pengarahnya Khiruddin Drahman berkata nilai kerugian pula berjumlah RM83.9 juta.

“Dari segi jumlah kes kebakaran, ada peningkatan berbanding 2015 yang mencatatkan 1,620 kes namun nilai harta yang dapat diselamatkan lebih tinggi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Ketua Balai dan JBPMKL bersama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, di sini hari ini.

Beliau berkata pada 2015, nilai aset yang berjaya diselamatkan berjumlah RM154.5 juta dan kerugian pula bernilai RM55.5 juta.

Katanya 2016 juga mencatatkan sifar kematian berbanding tiga kes pada 2015.

“Kejayaan ini hasil daripada kerja keras anggota JBPMKL dalam memberi kesedaran awam tentang pencegahan kebakaran dan rondaan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Pada majlis itu, jabatan berkenaan menerima penghargaan daripada pihak termasuk Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pemaju hartanah SP Setia Bhd dan badan bukan kerajaan Make-A-Wish Malaysia. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd