• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhabisan RM1.9 Juta Untuk Jadi Seperti Anak Patung

oleh Ahmad Albab
02/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI ini, Rodrigo Alves, 33, sentiasa berangan mahu menjadi Ken, iaitu patung lelaki yang menjadi kekasih kepada patung Barbie. Walaupun itu hanya patung, namun Rodrigo tetap mahu kelihatan seperti Ken.

Dia sanggup membelanjakan sehingga RM1.9 juta untuk melakukan berpuluh-puluh siri pembedahan plastik termasuk sedut lemak, pembedahan di bahagian hidung, botox, punggung dan banyak lagi.

Tetapi dia masih belum berpuas hati, Kali ini Rodrigo sedang menambah berat badan kerana mahu memindahkan lemaknya ke bahagian belakang, pinggang dan paha, untuk menjadikan badannya lebih cantik.

Bagi tujuan itu, setiap hari dia mengambil 3,000 kalori sehari dan merancang melakukan pembedahan berkenaan pada bulan Februari 2017. Dia juga mahu melakukan pembedahan di bahagian hidung untuk kali kelapan.

Berhabisan RM1.9 Juta Untuk Jadi Seperti Anak Patung
Rodrigo Alves

Ken ‘palsu’ ini sudah menjalani 46 pembedahan plastik dan mahu memecah rekod dunia.

“Saya tidak dilahirkan seperti ini tetapi saya menjadikan diri saya seperti ini dan adalah sukar untuk mengekalkan bentuk sekarang,’’ katanya.

Rodrigo pertama kali menjalani pembedahan pada 2004 dan dia kemudiannya menjadi ketagih.

“Saya ingin membawa nama samaran saya iaitu Ken ke peringkat lebih tinggi,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anak Patungbarbiepembedahan plastikRodrigo Alves
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie

Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie

04/07/2023
0

HANOI – Pihak berkuasa Vietnam mengharamkan tayangan filem Hollywood, Barbie selepas lembaga penapisan filem menyatakan ia memaparkan adegan peta Laut...

Haram Simpan Patung Di Rumah?

04/10/2019
0

ANAK patung dengan pelbagai rupa sama ada manusia atau haiwan sering kali menjadi pilihan kebanyakan isi rumah sebagai menghias bilik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd