• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Selesai Isu Ikan, Sayur Pula Naik Harga

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Belum selesai lagi dengan isu kenaikan harga ikan, kini pengguna dibebankan pula dengan kenaikan harga sayur-sayuran.

Tinjauan di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini mendapati harga kacang bendi meningkat kepada RM9 hingga RM10 sekilogram berbanding RM6 hingga RM7 sekilogram sebelum ini.

Turut berlaku peningkatan ialah harga tomato daripada RM4 kepada RM5 sekilogram, manakala kubis bulat dan lobak merah mencecah RM6 sekilogram berbanding RM3 sekilogram.

Peniaga sayur, Sazali Ismail, 37, berkata kekurangan bekalan di pasaran adalah ekoran musim tengkujuh di negeri Pantai Timur yang turut menjadi punca kenaikan harga sayur ketika ini.

“Bukan semua sayur ada peningkatan harga, macam cili melaka masih kekal RM12 sekilogram, manakala sayur sawi masih murah iaitu RM2.50 hingga RM3 sekilogram.

“Kami hanya menaikkan sedikit harga apabila kami terpaksa membeli sayur lebih tinggi daripada pembekal agar memperoleh sedikit keuntungan,” katanya ketika ditemui.

Rohaini Abdullah, 55, pula berkata kejatuhan nilai mata wang ringgit turut menjadi punca kenaikan harga sayur-sayuran.

“Apabila barang kurang, ia terpaksa dibawa masuk dari Thailand, namun pemborong perlu bayar lebih akibat kejatuhan nilai ringgit Malaysia ketika ini.

“Keadaan ini menyebabkan pembekal terpaksa menaikkan harga borong kepada peruncit dan peruncit pula menaikkan harga bagi mendapat sedikit keuntungan,” katanya.

Sementara itu suri rumah, Halimah Ahmad, 42, berkata kenaikan harga sayur-sayuran menambahkan lagi beban pengguna selepas kenaikan harga ikan dan santan di pasaran.

“Bawa RM50 datang pasar dapat beli beberapa jenis ikan dan sayur sahaja berbanding 10 tahun lalu, saya harap kerajaan dapat memantau atau membantu mengatasi masalah ini agar tidak terus membebankan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: hargasayur-sayuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

Harga Beras Putih Import Turun Hingga RM2

Harga Beras Putih Import Turun Hingga RM2

08/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Rata-rata peniaga menurunkan harga beras putih import (BPI) antara RM1.50 hingga RM2 bagi 10 kilogram (kg). IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd