• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Mahkamah Bergerak Bukan Untuk Pesalah Trafik

oleh AK-47
04/01/2017
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH di media sosial apabila beberapa keping gambar yang memaparkan sebuah bas dikatakan dijadikan mahkamah bergerak bagi membicarakan kes pesalah trafik.

Sudah tentu ia menimbulkan kegusaran kepada pesalah trafik yang pernah melakukan kesalahan ataupun masih gagal menjelaskan saman tertunggak mereka.

 Bas Mahkamah Bukan Untuk Pesalah Trafik

Perkongsian netizen di media sosial memaparkan tiga keping gambar menunjukkan keadaan dalam dan luar bas tersebut dengan kapsyen menjelaskan bas itu adalah untuk perbicaraan pesalah trafik yang melakukan kesalahan.

Kononnya, dengan adanya bas tersebut pesalah trafik dapat segera dibicarakan atas kesalahan yang dilakukan ketika sekatan jalan raya dijalankan.

Antara kapsyen yang dikongsikan adalah “Banyak sangat saman tak bayarkan, sekarang mohon ikut had laju setiap kawasan kalau tak nak kena saman, ada yang memerhati,” tulis netizen.

“Pasni standby duit sebab pesalah trafik akan dibicarakan segera bagi sebarang kesalahan kecil,” tulis netizen.

Bas Mahkamah Bergerak Bukan Untuk Pesalah Trafik

Bagaimanapun, berita baik kepada pesalah trafik kerana bas yang dikatakan mahkamah bergerak untuk pesalah trafik itu sebenarnya ialah bas mahkamah untuk masyarakat tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Bilik Bicara Mahkamah Bergerak tersebut dimulakan di Sabah pada 2007 dan kini mempunyai tiga mahkamah bergerak sementara di Sarawak untuk permulaan disediakan sebuah bas pada tahun 2016.

Bas Mahkamah Bergerak Bukan Untuk Pesalah Trafik

Menerusi bas mahkamah bergerak ini, masyarakat di pedalaman tidak perlu ke bandar di negeri masing-masing sebaliknya mahkamah akan datang kepada mereka untuk memberi perkhidmatan.

Antara yang disediakan pihak bas mahkamah ialah pesuruhjaya sumpah atau membantu untuk penyediaan permohonan mendapatkan sijil kelahiran.

Bas tersebut malah lengkap dengan kemudahan komputer, satelit yang memudahkan pengurusan rakyat di kawasan pedalaman. – MYNEWSHUB.CC

Tags: basmahkamahpesalahtrafik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak Perempuan Lemas Tergelincir Dalam Tali Air

Next Post

Juruletup Bunga Api Diberi Tempoh Sehingga Esok

Related Posts

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Next Post

Juruletup Bunga Api Diberi Tempoh Sehingga Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd