• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Sukan Parkour Gesa Pemikiran Rakyat Diubah

oleh AK-47
08/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persepsi masyarakat tempatan terhadap sukan parkour perlu diubah bagi memastikan sukan yang kini menjadi ‘kegilaan’ anak muda dapat dimajukan.

Atlet profesional Sukan Parkour dan larian bebas (freerunning), Abudi Alsagoff berkata, pandangan masyarakat di negara ini masih ditahap rendah apabila ada yang sukar menerima sukan yang melibatkan pelbagai aksi ekstrem ini.

Menurutnya, sukan ‘parkour’ iaitu sejenis seni pergerakan badan yang bertujuan bergerak dari satu tempat ke tempat lain sepantas mungkin.

Anak muda berusia 25 tahun ini berkata, kebanyakan masyarakat negara ini lebih kepada menghukum daripada memberi sokongan sekiranya berlaku kemalangan apabila melakukan sukan parkour ini.

Atlet Sukan Parkour Gesa Pemikiran Rakyat Diubah

Graduan UIAM ini berkata, berbeza dengan rakyat di luar negara yang bukan sahaja tidak menghukum tetapi memberi sokongan dari segi emosi dan bantuan kewangan jika berlaku kemalangan atau kematian disebabkan melakukan aksi ekstrem seperti sukan parkour ini.

“Ada masyarakat kini yang jika berlaku kemalangan seperti cedera atau mati, mereka mudah menghukum tetapi masyarakat luar negara pula mereka sebaliknya.

“Mereka mengharapkan kematian itu dijauhkan dan jika menyebabkan kematian pula, mereka menganggap sekurang-kurangnya individu yang mati kemalangan itu dapat membuat sesuatu yang mengembirakan hatinya sebelum meninggal dunia,” katanya kepada Mynewshub.

Kaitan: Jangan Mudah Terpengaruh – Abudi Alsagoff

Jelasnya, pemikiran masyarakat luar terhadap sukan tersebut sangat menarik dan boleh dicontohi rakyat negara ini.

Atlet Sukan Parkour Gesa Pemikiran Rakyat Diubah

Abudi yang menceburkan diri dalam sukan parkour sejak zaman persekolahannya telah menjadikan sukan tersebut sebagai kerjaya dengan latihan profesional kira-kira 10 tahun lalu.

Menurutnya, memanjat tempat tinggi dan melihat pemandangan adalah satu kepuasan untuk dirinya selain berkongsi gambar serta video kepada penonton.

Anak ketujuh dari lapan adik beradik ini berkata, kemalangan ketika melakukan aksi ekstrem itu adalah sesuatu yang telah ditakdirkan dan masyarakat tidak berhak untuk menghukum tanpa mengetahui niat sebenar individu yang melakukan sebarang aksi esktrem.

Atlet Sukan Parkour Gesa Pemikiran Rakyat Diubah

Abudi yang merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang ditaja syarikat minuman Red Bull seluruh dunia menjelaskan, persepsi masyarakat dapat diubah sekiranya ada pendedahan dengan lebih luas lagi mengenai sukan parkour ini.

Menurutnya, kerajaan dapat membantu dengan memberi perhatian kepada sukan esktrem ini kerana ia bukan sahaja dapat mengubah persepsi rakyat tetapi juga dapat mengasah bakat generasi muda yang minat dengan sukan tersebut.

“Kalau orang ramai ada pengetahuan mengenai sukan ini sudah tentu persepsi akan berubah,” katanya yang kini sedang berusaha supaya sukan parkour dapat didedahkan kepada masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Abudi AlsagoffAksiFreerunnerRed Bull
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Red Bull Pecat Horner

Red Bull Pecat Horner

09/07/2025
0

LONDON: Red Bull membuat keputusan mengejutkan apabila memecat prinsipal pasukan Christian Horner selepas 20 tahun memegang jawatan berkenaan. Horner, 51,...

Red Bull Langgar Had Perbelanjaan F1

Red Bull Langgar Had Perbelanjaan F1

12/10/2022
0

LONDON – Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA) mengesahkan pasukan Red Bull didapati bersalah selepas melanggar had perbelanjaan semusim yang ditetapkan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd