• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Gagalkan Cubaan Seludup 77 Tong Gas Dari Tawau

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)dapat menghalang cubaan menyeludup keluar 77 tong gas memasak dari Tawau menggunakan bot jongkong semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Daerah Maritim Tawau Komander Maritim Romli Mustafa berkata tong gas berkenaan dirampas dari sebuah bot jongkong di perairan Tinagat kira-kira 7.50 malam ketika dalam perjalanan ke Sungai Lalosalok, Indonesia dari jeti Batu 5, Tawau.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot jongkong itu mendapati ia membawa tong gas berisi tanpa surat kebenaran bertulis daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dianggarkan bernilai kira-kira RM16,000,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

APMM turut menahan juragan bot berkenaan yang merupakan warganegara Malaysia dan tiga awak-awak terdiri daripada seorang rakyat tempatan dan dua rakyat asing yang berumur antara 21 hingga 37 tahun.

Menurutnya nilai keseluruhan rampasan termasuk tong gas dan bot jongkong serta injin sangkut dianggarkan kira-kira RM50,000 dan mereka disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Romli berkata APMM akan terus membanteras kegiatan dan sindiket yang cuba memindah barang kawalan tanpa mematuhi peraturan di perairan Tawau kerana ia merugikan negara.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan yang menyalahi undang-undang dengan menghubungi Pusat Operasi APMM Tawau di talian 089-750116 atau talian bantuan kecemasan MERS 999. – BERNAMA

Tags: APMMseluduptong gas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Tentera Terkena Letupan Di Sintok Stabil

Next Post

2 Remaja Jadi Wira Selamat 6 Kucing Mangsa Bah

Related Posts

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar empat haiwan eksotik disyaki ungka tangan hitam, sejenis terancam digagalkan dalam pemeriksaan...

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

14/06/2025
0

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup keluar dua jenis dadah dianggarkan seberat 22,348 gram...

Next Post

2 Remaja Jadi Wira Selamat 6 Kucing Mangsa Bah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd