• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anugerah Puskas Bukti Kemampuan Pemain Malaysia – PAN

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan kejayaan pemain Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri merupakan suatu pencapaian yang luar biasa bagi pemain bola sepak Malaysia.

Timbalan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil berkata, walaupun mutu pasukan bola sepak negara dipersoalkan, namun negara dapat juga melahirkan seorang pemain yang berkemahiran tinggi.

“Sehingga berjaya meletakkan nama beliau dalam kalangan pemain terkemuka dunia.

“Kejayaan ini juga menunjukkan bahawa kualiti dan kemenangan boleh dicapai melalui merit dan bukannya kuota,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam mempertikaikan kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa kejayaan Mohd. Faiz adalah penanda aras baru bola sepak Malaysia.

Pada baginda, tanda aras baru dalam bola sepak tanah air adalah JDT kerana pencapaian di Piala AFC, dunia luar mengenali JDT dan memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap pengurusan JDT.

Mohd. Faiz yang juga penyerang pasukan Pulau Pinang mencipta sejarah baharu dalam arena bola sepak Asia apabila menjadi pemain pertama dari benua itu memenangi Anugerah Puskas 2016 selepas diumumkan sebagai pemenang oleh FIFA dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland semalam.

Kejayaan itu sekali gus menepati ramalan seluruh peminat bola sepak dunia yang kebanyakkan menyokong gol jaringan Mohd. Faiz berhak untuk memenangi anugerah tersebut.

Jaringan yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ itu dilakukan sewaktu membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, mengetepikan dua lagi calon akhir iaitu pemain Brazil yang beraksi untuk kelab Corinthians, Marlone dan wakil tunggal wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Anugerah Puskas diperkenalkan pada tahun 2009 yang menyaksikan pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Cristiano Ronaldo menjadi pemenang pertama anugerah tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Faiz FadzilFifa Puskas AwardMohd. Faiz SubriPAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Permatang Pasir Nafi Mencabul

23/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil menafikan dakwaan mencabul seorang pembantu kedai wanita...

Gol Goulon Sah Dicalonkan Ke Anugerah Puskas

26/06/2019
0

KELANA JAYA - Pertahanan Pahang, Herold Goulon menjadi individu kedua daripada Malaysia dihantar nama ke FIFA bagi pencalonan Anugerah Puskas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd