• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Tambah Penerbangan Tahun Baru Cina

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd akan meningkatkan jumlah penerbangannya, termasuk menambah 84 penerbangan domestik dan antarabangsa bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Bahagian Komersialnya, Spencer Lee berkata ini berikutan perayaan itu merupakan tempoh paling sibuk untuk syarikat berkenaan apabila ramai pelanggan memanfaatkan cuti itu untuk pulang beraya atau bercuti.

“Bagi meraikan kedatangan Tahun Ayam itu juga, kami turut melancarkan kempen ‘#AyamComing’ dengan tawaran harga tambang penerbangan serendah RM29 (sehala), sajian dalam pesawat serta diskaun tempahan awal secara dalam talian bagi segmen bebas cukai kami,” katanya.

Menurut Lee, harga rendah itu boleh ditempah mulai hari ini sehingga 22 Jan, 2017 melibatkan tempoh perjalanan sehingga 31 Julai, 2017.

“Selain menambah lagi jumlah penerbangan bagi memenuhi permintaan, kami juga mahukan para pelanggan menikmati keistimewaan jaringan kesalinghubungan penerbangan yang kami sediakan,” katanya.

Lee berkata AirAsia X iaitu segmen penerbangan jarak jauh syarikat berkenaan, memperkenalkan 12 laluan baharu tahun lepas dan sembilan daripadanya dikendalikan secara eksklusif oleh AirAsia dan AirAsia X.

Menurutnya, bersempena promosi itu juga, Big Duty Free yang juga segmen bebas cukai dalam talian AirAsia menawarkan diskaun 38 peratus ke atas semua barangannya mulai sekarang sehingga 12 Feb ini, katanya.

“Pelanggan juga boleh berbelanja dan memperoleh lapan kali mata ganjaran besar (program kesetiaan) AirAsia apabila membeli-belah secara dalam talian,” katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd