• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ainan Tasneem Sah Isteri Mohamad Ariffudin

oleh
08/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH…. Penyanyi muda, Ainan Tasneem Redzuan sah bergelar sebagai isteri kepada Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi dengan hanya sekali lafaz pada pukul 5.55 petang Jumaat.

Pada majlis tersebut Ainan, 25, menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh hantaran kepada pihak lelaki . Bagaimanapun pasangan tersebut merahsiakan jumlah wang hantaran.

Ainan selamat dinikahkan oleh jurunikah Adib Mahyuz, yang berwalikan bapanya, Dr. Ridzuan Mohd. Sagir dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah , Shah Alam, Selangor.

“Alhamdulillah, pada hari ini bermulalah satu fasa baharu dalam hidup saya sebagai seorang isteri, dan saya sendiri pun tidak sabar untuk memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya.

“Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu untuk menyempurnakan majlis pernikahan kami,” kata Ainan yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia.

Dia dan suami kelihatan sepadan dalam persalinan rekaan Wajie Ibrahim. Majlis resepsi pasangan pengantin baharu itu bakal berlangsung pada Sabtu di sebuah hotel di Shah Alam.

Sementara itu, Mohamad Ariffudin, 26, turut menaruh harapan agar perkahwinan yang dibina mereka berdua bakal bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya.

“Semoga limpah berkat dan rahmat, sentiasa memayungi perkahwinan kami dan moga Allah SWT merahmati rumah tangga yang kami bina ini,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ainan Tasneem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lamar Ainan Tasneem Selepas Sebulan Berkenalan

08/01/2017
0

SHAH ALAM - Penyanyi Ainan Tasneem memberitahu dia menerima lamaran daripada suaminya, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi hanya selepas sebulan berkenalan....

Ainan Nikah 7 Januari, Putuskan Henti Menyanyi

04/10/2016
0

PENYANYI  lagu 150 Juta, Ainan Tasneem memberitahu bakal berkahwin dengan seorang jurutera yang dikenali sebagai Ariff pada 7 Januari depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd